Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 03, 2009

j-QAF SK IJOK GEMILANG

Terdiri Daripada;
Ustaz Asmadi Ismail (telah berpindah -2009),
Ustazah RinaIryani Ahmad,
Ustazah Norulaini Mohd Nawi,
Ustazah Hjh Norol Ain Omar,Ustazah Hjh Norizah Sulaiman,
Ustazah Hanifah Samin (telah berpindah-2008) &
Ustaz Samsudin Che Hussin

*** Merah :Guru-guru jQAF
j-QAF
Program j-QAF merupakan idea Y.A.B. Perdana Menteri. Ia adalah singkatan daripada Jawi, Quran, Bahasa Arab, dan Fardhu Ain. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi,Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,bimbingan,kemahiran,pengukuhan,pengayaan dan penghayatan murid.
Objektif program ini adalah murid dapat menguasai bacaan dan tulisan Jawi, khatam Al-Quran, menguasai asas bahasa Arab Komunikasi dan memantapkan dan menghayati amalan Fardu Ain.
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran,bidang Aqidah,Ibadah,Sirah Nabawi,Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
Disediakan oleh guru-guru j-QAF SK Ijok 2005

MODEL-MODEL j-QAF

1. MODEL KHATAM AL-QURAN

Program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Al-Quran (Iqra’) pada 6 bulan pertama tahun satu. Ianya akan berterusan pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6.Sekolah yang mempunyai satu kelas tahun satu ditempatkan dua orang guru j-QAF serta seorang GPI sedia ada. Sekolah yang mempunyai 2 kelas hingga 6 kelas tahun satu akan ditempatkan 3 orang guru j-QAF serta seorang GPI sedia ada.Murid tahun 1 hingga 6 akan mengikuti model ini selama 6 bulan pertama setiap tahun.Pada 6 bulan berikutnya akan mengikuti kurikulum P.Islam berdasarkan kurikulum PI dan kurikulum j-QAF.

2. MODEL TASMIK

Membimbing dan merekod perkembangan bacaan Al-Quran murid secara individu sehingga khatam. Ia dilaksanakan diluar jadual waktu.

3. MODEL BESTARI SOLAT

Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.Dilaksanakan oleh pihak sekolah di tempat yang sesuai dan ianya adalah aktiviti kokurikulum.Aktiviti adalah berbentuk latih tubi yang mesti diulaksanakan sebanyak 4 kali setahun selama 2 hari setiap kem tanpa bermalam.Dicadangkan setiap kem mempunyai 60 orang murid dan dibahagikan kepada 10 kumpulan.Penglibatan semua guru dan masyarakat.

4. PELAKSANAAN BAHASA ARAB

Mata pelajaran BA diperluas kepada semua murid beragama Islam dan memberi pilihan kepada murid bukan beragama islam.BA adalah bertujuan untuk menanam minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping mebolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

5. MODEL PEMULIHAN JAWI

Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi.Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada iaitu 2 waktu pada 6 bulan pertama dan 1 waktu pada 6 bulan kedua.Jumlah murid bagi kelas pemulihan jawi adalah antara 6 hingga 10 orang.22 agihan kemahiran pengajaran dan pembelajaran telah disediakan.Setiap agihan kemahiran menggunakan pendekatan permainan dan nyanyian secara efektif.
j-QAF Sekolahku..
VISI
Membentuk muslim mukmin yang beriman,
bertakwa serta berjaya hidupnya di dunia dan akhirat

MISI
Membentuk generasi Yang Berakhlak Mulia dan Celik Al Quran serta Jawi di samping dapat mengamalkan Perkara-perkara Asas Fardhu Ain dalam kehidupan seharian

MOTTO
‘Tanpa j-QAF gagal
Gagal tanpa j-QAF
j-QAF tanpa gagal’

CARTA ORGANISASI j-QAF

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK,TAHUN 2009

PENGERUSI: Encik Mohammad Khaironi bin Shamsuri (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1: Tuan Haji Saiyed Mohd Sharif bin Saiyed Hasan (GPK Kurikulum)
NAIB PENGERUSI 2: Puan Rumailah bt Suradi (GPK Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI 3: Puan Hajjah Asmungah bt Haji Alias (GPK Kokurikulum)
KETUA PANITIA: Ustazah Hajjah Norizah binti Sulaiman
SETIAUSAHA: Ustazah Norulaini binti Mohd Nawi
BENDAHARI: Ustaz Asmadi bin Ismail
PENYELARAS BANK SOALAN: Ustaz Shamsudin bin Che Hussin
PENYELARAS j-QAF: Ustazah Norulaini binti Mohd.Nawi
PENYELARAS PAPAN KENYATAAN: Ustazah Hajjah Norul Ain bt Omar
PENYELARAS BUKU STOK: Ustaz Shamsuddin bin Che Hussin
PENYELARAS KALIMATUS SOBAH: Ustazah Rina Iryani bt Ahmad
PENYELARAS BAHAN BANTU BELAJAR: Ustaz Asmadi bin Ismail
PENYELARAS JADUAL WAKTU: Ustaz Shamsuddin bin Che Hussin
PENYELARAS BUKU ANALISIS PEPERIKSAAN:
Ustz Norulaini bt Mohd.Nawi
JAWATANKUASA ORGANISASI j-QAF 2009
PENASIHAT
Encik Mohammad Khaironi bin Shamsuri
(Guru Besar)

PENGERUSI
Ustazah Hajjah Norizah bt Sulaiman
(Ketua Panitia Pendidikan Islam)

SETIAUSAHA
Ustazah Norulaini bt. Mohd. Nawi

BENDAHARI
Ustaz Asmadi bin Ismail

GURU j-QAF-Kem Bestari Solat
Ustazah Norulaini bt. Mohd. Nawi (K)
Ustaz. Shamsudin bin Che Husin
Ustaz. Asmadi bin Ismail
Ustazah RinaIryani bt Ahmad

GURU j-QAF-Bahasa Arab
Ustazah. Norulaini bt. Mohd. Nawi (K)
Ustazah RinaIryani bt Ahmad

GURU j-QAF-Jawi
Ustaz. Asmadi bin Ismail (K)
Ustaz. Shamsudin bin Che Husin

GURU j-QAF-Al-Quran
Ustaz. Shamsudin bin Che Husin (K)
Ustazah Norulaini bt. Mohd. Nawi
Ustaz. Asmadi bin Ismail
Ustazah RinaIryani bt Ahmad

AJK
Ustazah Hajjah Norol Ain BT Omar
Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh


PERANCANGAN TAHUNAN j-QAF BAGI TAHUN 2009

BULAN/AKTIVITI YANG DIRANCANGKAN
Januari
*Menyelaraskan penulisan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
*Menjalankan P&P mengikut jadual waktu yang diberi oleh pihak sekolah
*Mengadakan Mesyuarat Panitia Kali Pertama
*Membentuk Jawatankuasa Panitia sesi 2009
*Menjalankan program Iqra’ dan Jawi 6 bulan pertama bagi Tahun 1
*Menjalankan program Khatam Al Quran 6 bulan pertama bagi Tahun 1, 2, 3 ,4 & 5
*Menjalankan program Celik Quran dan Jawi bagi Tahun 4 hingga 6
*Memulakan program Asuh Rohani (Solat Hajat dan Bacaan Yaasin murid Tahun 6)
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD(Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi dan Bahasa Arab)

Februari /Mac
*Menjalankan dan merekodkan pencapaian penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) bagi Tahun 1 hingga 6 mengikut tajuk yang berkenaan di dalam buku PAFA
*Menyediakan kertas Ujian Bulanan Satu,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Menyediakan dan menghantar maklumat pencapaian Iqra’ dan JawiTahun 1 ke PPD
*Mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama bagi Tahun 1,2, 3 ,4 & 5
*Membina BBM Pendidikan Islam dan j-QAF mengikut keperluan
*Menghantar buku rampaian Agama,Jawi,Bahasa Arab dan ibadah Solat Murid(mengikut tarikh yang telah ditentukan) kepada GPK 1 untuk pemeriksaan dan semakan
*Memulakan program Tasmik bagi murid Tahun Satu,Dua, Tiga , Empat dan Lima di luar waktu persekolahan
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran
yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD
(Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi ,Bahasa Arab dan KBS 1)

April
*Mengadakan Mesyuarat Panitia Kali Kedua
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Menyediakan kertas Ujian Bulanan Dua,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Mengadakan Kem Bestari Solat kali kedua bagi Tahun 1,2,3, 4 & 5
*Mengadakan program Ihya’ Lughatul Arabiah peringkat sekolah
*Menghantar buku rampaian Agama,Jawi,Bahasa Arab dan ibadah Solat murid (mengikut tarikh yang telah ditentukan) kepada GPK 1 untuk pemeriksaan dan semakan
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD(Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi dan Bahasa Arab dan KBS 2)

Mei
*Menyediakan soalan PKSR Semester Satu,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Mengadakan Kursus Dalaman (In House Training)
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD (Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi,Bahasa Arab)

Jun
*Mengadakan Mesyuarat Panitia Kali Ketiga
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Menyediakan dan menghantar data Iqra’ dan Jawi Tahun Satu ke PPD
* Melengkapkan maklumat analisa e-laporan j-QAF bagi 6 bulan pertama untuk dihantar ke PPD
*Latihan menyediakan peserta untuk majlis Ikhtifal dan Khatam Al-Quran program j-QAF

Julai
*Menyediakan Ujian Bulanan Tiga,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Mengadakan Kem Bestari Solat kali ketiga bagi Tahun 1, 2, 3 , 4 & 5
*Mengadakan program Ihya’ Lughatul Arabiah peringkat sekolah
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD (Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi,Bahasa Arab dan KBS 3)

Ogos
*
Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
*Menghantar buku rampaian Agama,Jawi,Bahasa Arab dan ibadah Solat murid kepada GPK 1 untuk pemeriksaan dan semakan
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD (Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi dan Bahasa Arab)

September
*Menyediakan soalan Ujian Bulanan Empat,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Mengadakan Mesyuarat Panitia Kali Keempat
*Mengadakan aktiviti Renung Sejenak setiap hari Rabu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama semua guru SKI
* Pemilihan peserta Kem Bestari Solat Perdana,Kem Literasi Quran Perdana,Kem Bina Juara dan Kem Pembestarian Lughatul Arabiah Peringkat Daerah bagi Program j-QAF
*Mengadakan Kem Bestari Solat kali keempat bagi Tahun 1, 2, 3, 4 & 5
*Melengkapkan dan menghantar maklumat berkaitan j-QAF ke PPD(Data Iqra’,Al Quran,Pemulihan Jawi,Bahasa Arab dan KBS 4)

Oktober
*Menyediakan soalan PKSR Semester Kedua,menyemak dan merekodkan pencapaian murid
*Mengadakan Kem Remaja Islam (KRIS) Bagi murid-murid tahun 6
*Mengadakan Kursus Dalaman (In House Training)
*Menghantar buku rampaian Agama,Jawi,Bahasa Arab dan ibadah Solat murid (mengikut tarikh yang telah ditentukan) kepada GPK 1 untuk pemeriksaan dan semakan

‘TANPA j-QAF GAGAL
GAGAL TANPA j-QAF
j-QAF TANPA GAGAL’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan