Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 03, 2009

TEMPAT KERJAKU..SK IJOK

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
45600 BATANG BERJUNTAI , SELANGOR DARUL EHSAN

KOD SEK:BBA3011 / NO TEL:03-32791277

SEJARAH SEKOLAH
Ditubuhkan pada 1.4.1947 dengan kerjasama penduduk tempatan.Bilangan murid seramai 85 orang dan hanya mempunyai 3 bilik darjah.Guru besar pertama ialah Allahyarham Zainuddin Bin Hussain.Pada tahun 1958, kerajaan telah membina bangunan baru dengan 5 bilik darjah bagi menggantikan bangunan asal yang telah runtuh.Pada tahun 1967, kerajaan telah membina 3 buah bilik darjah lagi dan menjadikan kesemuanya 8 bilik darjah.Bangunan kantin dibina pada tahun 1977.Pada tahun 1980, kerajaan telah membina satu lagi bangunan.Bangunan kali ini terdiri dari tiga buah bilik darjah,tandas murid dan guru, stor,pejabat serta bilik guru besar.

Pada tahun 1998, sebuah lagi bangunan telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1999.Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah, sebuah makmal sains,dua buah tandas dan setor Kini sekolah ini mempunyai sebuah lagi bangunan baru tiga tingkat yang tersergam indah.Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah bilik guru, Pusat Sumber, bilik darjah, tandas guru, stor dan sebuah gelanggang bola keranjang. Prasekolah mula beroperasi di Sekolah ini pada tahun 2003.

Pada tahun 2005 pembelajaran j-QAF telah bermula di sekolah ini dan pihak sekolah telah memberi satu bilik khas untuknya dan dinamakan dengan bilik Jauhari.

DATA SEKOLAH
KOD SEKOLAH : BBA 3011
LUAS SEKOLAH : 5 EKAR
GRED : A
BILANGAN GURU : 32 ORANG
BILANGAN KAKITANGAN : 3 ORANG
PEKERJA SWASTA : 4 ORANG
JUMLAH MURID : 465 ORANG

KEMUDAHAN FIZIKAL
Bangunan : 1 blok kantin, 4 blok A,B,C,D
Bilik darjah : 14 buah
Bilik Guru Besar : 1 buah
Bilik Pen. Kanan : 3 buah
Pejabat : 1 buah
Bilik menunggu : 1 buah
Bilik guru : 1 buah
Surau : 1 buah
Makmal Sains : 1 buah
Makmal komputer : 1 buah
Bilik KH : 1 buah
Bilik Rawatan : 1 buah
PSS : 1 buah
Bilik Muzik : 1 buah
Pemulihan Khas : 1 buah
Rumah Guru : 2 buah
Pondok Basikal : 1 blok
Garaj Kereta : 20 lot
Dataran Ilmu : 1 buah
Pondok Jaga : 2 buah
Pondok Serbaguna : 1 buah
Menara Sekolah : 1 buah
Pondok Ilmu : 1 buah
Bilik Jauhari (j-QAF) : 1 buah
Bilik Bimbingan : 1buah

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Ijok dengan tekad dan
berazam untuk melaksanakan yang terbaik dari kami berteraskan
“IJOK” iaitu:
I = Iltizam membimbing pelajar membentuk sikap dan perlakuan
yang baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Lima Prinsip Rukun Negara.
J = Jadikan suasana sekolah yang bersih, ceria dan indah serta selamat untuk warga sekolah.
O = Organisasi sekolah yang mantap menjurus ke arah peningkatan prestasi akademik, koakademik dan sahsiah.
K = Kemesraan kami melayan serta membantu ibubapa atau pelanggan lain.

SENARAI NAMA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
1. En. Zainuddin Bin Hussain 1.4.1947- 9.5.1959
2. En. Said Bin Yaakob 10.5.1959 - 2.1.1963
3. En. Ismail Bin Said 3.1.1963 - 31.12.1973
4. En. Zam Zam Bin Salimun 1.1.1974 - 31.8.1979
5. En. Sharif Bin Haji Sidek 1.9.1979 - 31.7 .1982
6. En. Abd. Mutalif Bin Bandut 16.12.1982 - 30.9.1985
7. En. Ishak Bin Haji Abd Rahman 1.10.1987- 15.9.1987
8. En. Mohd Arof Bin Abu Bakar 1.10.1987 - 15.3.89
9. En. Mahmud Bin Markum 16.3.1989 – 8.5.1997
10. En. Rosmin Bin Haji Sururi 1.6.1997 - 2006
11.En Mat Som bin Rajikin 19.3.2007- 6.5.2008
12.En Mohammad Khaironi bin Shamsuri ( Sekarang....)


SENARAI NAMA GURU-GURU SK IJOK TERDIRI DARIPADA;

MOHD KHAIRONI BIN SHAMSURI
SAIYED MOHD.SHARIF B. SAIYED HASSAN
RUMAILAH BT. SURADI
ASMUNGAH BT HAJI ALIAS
KASMIZAN BIN KASMUDIN
AHMAD LUTFI BIN KHAILANI
ZAHARA BINTI RAMLI
ROKIAH BT. MD. YUSOF
ROHAIDAH BT. SANUSI
SHAMSATUL AKMAR BT. JAAFAR
NURUL HAMIDAH BT MOHAMED NOOR
AMIRAH BT. WAGIMAN
MUSALLAMAH BT. MOHAMED ZAHID
ROHANI BT. ISMAIL
SHERIFAH MASIAH BT. WAN JAWI
HARLINA BT. GHAZALI
NORYANA BT. AJARI
NOROL AIN BT. HAJI OMAR
RAHIMAH BT KASIM
SITI NARIMAH BT MOHD SALLEH
SHAMSUDIN BIN CHE HUSSIN
NORULAINI BT. MOHD NAWI
AIDA NORDILA BT HJ ABDUL HADI
ZAKARIA B. SHAFIE
KHAIRIAH BT. KASSIM
MOHD. TAHRIN BIN MAAROF
MAZLAN BIN IMAM
ROSNAH BT. ABDULLAH
NORAZIAH BINTI JAMALUDIN
RINAIRYANI BT AHMAD
NORIZAH BT SULAIMAN
NORHUDHA BT KAMIL
SITI SAPORAH BT HJ ABDUL AZIZ
VISI SK IJOK
'KE ARAH SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2013"

1 ulasan:

  1. dh lama saya cari info pasal sekolah lama saya ni..akhirnya jumpa jugak,alhamdulillah..terima kasih...

    BalasPadam

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin