Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Ogos 24, 2009

Ahlan Ya Ramadhan Wa ILA lIQA' Fi Sannah 1430 H












Pelancaran Ihya' Ramadhan dan Solat Hajat Perdana peringkat Sekolah
(21 hb Ogos 2009/Jumaat) Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

1. Majlis Pelancaran program Ihya’ Ramdhan dan Tabung derma Anak Yatim
2. Memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan nasyid di sekolah bermula jam 7.00pagi sehingga 7.30 pagi.
3. Tazkirah Bingkisan Ramadhan dan Kuiz Ramadhan 1430H
4. Kutipan Tabung derma setiap hari Rabu sehingga Jumaat
5. Tadarus al-quran
6. Solat Hajat dan bacaan surah Yaasiin pada setiap hari Jumaat untuk murid-murid tahap 2 secara bergilir-gilir
7. Pertandingan mencipta kad Raya paling kreatif tahap 1 & 2 dalam tulisan Jawi ATAU Arab
8. Penjualan Kad Raya Aidilfitri
9. Majlis Khatam al-quran (Tidak Dapat Dijalankan)
10. Majlis Penutup Ihya’Ramadan 1430H pada 16hb September 2009 (Rabu)
11. Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim dan Pembahagiaan Buah Kurma Ramadhan Kareem
12. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H
13. Persembahan Alunan Takbir Raya oleh murid-murid tahap 2
Sekalung Penghargaan kepada semua yang telah menjayakan Program ini.Semoga sentiasa mendapat Rahmat DariNYA.Ameen
Salam Nur Kasih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...