Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Ogos 24, 2009

Program LADAP 2009

Program LADAP 2009 (Latihan dalam Perkhidmatan)

Sekadar berkongsi.Alhamdulillah Sekolahku telah pun selesai menjalankan program yg rasaku semua guru tak berapa suka untuk diikuti.Sekiranya menghadiri pun semacam terpaksa..Bagi ku program ini memang 100% bagus dan banyak manfaatnya bagi mempertingkatkan profession keguruan.Mungkin faktor2 masa,hari dan tajuk kursus yang menjadi isunya disini..

Dan aku yang hanya menjalankan tugas serta amanah menjadi setiausaha yang bertanggungjawab menguruskan LADAP ini pada mulanya rasa boleh melaksanakannya tetapi disebabkan faktor2 tadi menyebabkan aku menerima kritikan2 panas oleh mereka2 yang malas nak ikuti program tersebut... dan kerjasama melaksanakannya pun macam payah...

Apapun aku ingin mengucapkan Terima kasih kepada kawan2 seperguruan yang memahami situasi ku sepanjang program ini dijalankan..

Antara yang telah dijalankan seperti berikut:

1.Pembugaran PATS/HEADCOUNT/SAP pada 1hb April 2009 (Rabu) & 10hb April 2009(Jumaat)
2. Format Skima Pemeriksaan & Pemarkahan (Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia/Sains/
/Matematik/Pendidikan Islam) pada 21hb April 2009 (Selasa) & 30hb April 2009 (Khamis)
3.Pengurusan Disiplin & Keselamatan Sekolah(Nama ASAL Kursus: Pembinaan Soalan) pada
19hb Mei 2009 (Selasa) & 27hb Mei 2009(Rabu)
4. Motivasi Peningkatan Sahsiah Guru Cemerlang pada 23hb Mei 2009 (Sabtu)
5.Pembelajaran ICT pada 20hb Jun 2009 (Sabtu)
6. Pengurusan Pedagogi(Berkerjasama dengan SK Parit Mahang) pada 8hb Ogos 2009 (Sabtu)
7. Rasionalkah Kerja Berpasukan? pada 18hb Julai 2009 (Sabtu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...