Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Oktober 01, 2009

Kem Remaja Islam (KRIS) 2009

KRIS 2009............KE ARAH REMAJA ISLAM YANG MUTTAQIN


Alhamdulilah,pada tahun ini Panitia Agama Islam & j-qaf sekolah ku akan mengadakan Program KRIS 2009 bagi semua murid tahun 6.Sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada aktiviti2 mereka selepas peperiksaan UPSR.


Macam biasa la,tugas ku agak berat juga bagi menguruskan segala bahan2 sepanjang kem tersebut yg akan diadakan selama 3 hari 2 malam.Pada tahun ini,oleh kerana ingin menjimatkan kos kelengkapan kem jadi kami akan melaksanakannya di sekolah sahaja.


Untuk butiran program ia seperti berikut:

9 Oktober 2009 (Jumaat)
6.00 petang : Pendaftaran peserta di Kantin SKI
6.30 petang : Persiapan diri dan Makan Malam
7.30 petang : Solat Maghrib dan Tazkirah
8.45 malam : Solat Isyak
9.15 malam : LDK 1 (Selangkah Ke Alam Remaja)
10.30malam : Kudapan
11.00 malam : Tidur

10 Oktober 2009 (Sabtu)
4.30 pagi : Qiyamullail 1
5.45 pagi : Solat Subuh dan Al-Ma’thurat
6.30 pagi : Tazkirah
7.00 pagi : ‘Hidup Cergas’ (I-Aerobic)
8.00 pagi : Sarapan pagi
9.00 pagi : LDK 2 (Praktikal mandi Wajib & Praktikal Solat Dhuha)
10.30 pagi : Kudapan
11.00 pagi : LDK 3 ( Sempurnakan Solatmu- Praktikal dan Amali Solat Wajib)
12.30 t/hari : Makan Tengahari dan rehat
1.30 t/hari : Solat Zohor dan makan tengahari
3.00 petang : Kembara Alam
4.30 petang : Minum Petang
5.00 petang : Solat Asar
6.00 petang ;Persiapan Diri dan Makan Malam
7.30 petang ;Solat Maghrib dan Tazkirah
8.45 malam ;Solat Isyak
9.15 malam ;LDK 4 (Remaja Cemerlang- Tayangan Video )
10.30malam ;Kudapan
11.00malam ;Tidur

11 Oktober 2009 (Ahad)
4.30pagi ;Qiyamullail 2
5.50 pagi ;Solat Subuh
6.30 pagi ;Tazkirah dan Kemas Diri
7.00 pagi ;Sarapan dan Gotong Royong
8.30 pagi ;Pembentangan Hasil Kem
9.30 pagi ;Penyampaian Hadiah dan Sijil10.00pagi ;Penutup dan Bersurai

Diharapkan Kem ini dapat berjalan mengikut pelan yang telah dirancang.Semoga Allah permudahkan usaha kami yang ingin melihat anak2 murid Ijok menjadi ulama profesional pewaris pada masa hadapan.Ameen

Salam nur kasih..........




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...