Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, November 01, 2009

Kursus Pemurnian Program LADAP 2009



Salam semua...
Pada hari Isnin-Rabu (19hb-21hb Oktober 2009),saya bersama2 rakan setiausaha daeraj kuala selangor telah diminta untuk berkursus di Glory Beach Resort,Port Dickson bagi kursus yg bertajuk pemurnian data KMLDP khusus untuk setiausaha di 3 daerah iaitu daerah kuala selangor,kuala langat dan gombak..
Em,bagiku kursus ini adalah satu hadiah kepada kami setiausaha ladap 09 yg telah berusaha keras bagi melaksanakan program ini berjalan dengan lancar yang rasanya mendapat feedback hebat di kalangan semua guru untuk datang pada 7 kali berkursus setahun.
Dan pada tahun 2010,pengurusan LADAP ini akan dikemaskinikan dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor telah pun memberi penerangan kepada kami bagi memurnikan dokumen2 LDP pada tahun hadapan.
Selepas balik dari kursus tersebut,saya telah pun memberi taklimat ringkas kepada semua guru mengenainya pada mesyuarat guru bil3(Khamis).Diharapkan penerangan ku itu telah dapat memberi penjelasan terang kepada mereka betapa pentingnya kursus LDP ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...