Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 24, 2010

KBS siri 2/2010

--P'sediaan m'mulakn Amali Solat

--Penat2 kita bergambar jap lah...
--Slot Motivasi oleh Ustzh Rohaidah

--Praktikal Tayammum

----Praktikal Solat Berjamaah



Assalamualaikum dan salam nur kasih semua..

Pada hari ini 24hb April 2010 (SABTU) adalah hari ganti cuti Hari Raya.Ia bermakna sekolah ganti yang menjadi kebiasaan bagi semua sekolah di Malaysia ini.Justeru,pada hari yang sama juga saya telah merancang untuk mengadakan Kem Bestari Solat siri 2/2010 bagi semua murid tahun 3,4 & 5.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah pun dijalankan:
8.00 – 9.00 pagi----Slot 1:Praktikal Solat Subuh secara berjamaah
9.00 – 10.00 pagi---Slot 2 : Thn 3 – Hafazan Doa Qunut &Latihan KBS M/S : 46
Thn 4 – Hafazan Doa Qunut & Niat-niat solat berjamaah
Thn 5 – Niat Tayammum & Bacaan Sujud Sahwi
10.00 – 10.30 pagi----Slot 3 :Motivasi Solat & Rumusan

Alhamdulilah,semua aktiviti tersebut berjalan lancar walaupun kepenatan sedikit sampai-sampai naik hilang suara ni..hehee..tapi saya bersyukur kerana program ini berjaya mencapai objektifnya walaupun menghadapi kekangan masa yang amat mencemburui kami guru-guru agama dan j-QAF.Namun latih tubi terpaksa di jalankan bagi memudahkan murid-murid mengingat bacaan yang telah mereka pelajari terutama bacaan Qunut.

Dikesempatan ini ucapan Syukran Jazilan kepada semua guru SKI yang terlibat membantu kami bagi menjayakan Kem yang amat berguna ini.Semoga ALLAH membalas jasa-jasa kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...