Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, April 07, 2010

Keputusan MTQ sekolahKU


Pertandingan Bercerita lelaki..Adik Atif Humaidi...ok...Atif cuba lagi tahun depan ya..

Gaya Seorang Jaguh Bercerita
oleh Adik Adlin Farahin..

Piala Pusingan Bercerita Kisah Nabi
Assalamualaikum semua,
Alhamdulilah pada 6hb April 2010,seperti acara2 tahunan Pertandingan MTQ 2010 diadakan di daerah Kuala Selangor.Jadi, sekolah Kebangsaan Ijok telah menghantar beberapa orang peserta bagi menyertai beberapa acara yg di pertandingkan.Adat pertandingan pastikan ada yang MENANG dan KALAH.Justeru,begitulah yang terjadi bg Sekolahku yg tercinta ini..walaupun kami tewas dalam beberapa acara namun kami boleh berbangga la juga kerana telah menjuarai satu acara iaitu dalam pertandingan BERCERITA (perempuan).Apapun,saya hanya bersyukur atas kemenangan tersebut walaupun agak kecewa sedikit kerana telah tewas dalam acara TILAWAH AL-QURAN.Namun begitu,insya-Allah saya dan team panitia Agama Islam Ijok akan tetap berusaha pada masa hadapan bagi memperbaiki lagi dan lagi segala kelemahan kami dalam acara2 MTQ yang akan datang.Semoga ALLAH akan sentiasa membantuku dan rakan2 ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...