Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, April 21, 2010

Kursus LDP 2010 telah bermula...

Assalamualaikum semua..

Hahaaaa...kursus LDP telah bermula....bagiku antara kursus yg amaaaat di nantikan oleh semua guru(yg memang minat laa)suka atau tidak semua guru WAJIB mengikutinya..
Pada tahun 2010 ini Kursus LDP telah berubah corak strateginya iaitu melalui kaedah PEMBACAAN atau kata lain BOOK REVIEW.

Saya pada mulanya ingin menarik diri dari jawatan SETIAUSAHA LDP ini sebab tahun ini banyak memegang jawatan yang lain yang memerlukan komitmen tinggi terutama matlaamat j-QAF ku yang amat disayangi ini.Namun apa kan daya ada suara2 yang masih ingin saya teruskan juga memegang jawatan ini dan percaya pada kerja2 saya.Insya-Allah atas kepercayaan itu saya akan teruskan juga mengikut yang terdaya dengan di bantu oleh pembantu yang saya kagumi iaitu cikgu Siti Saporah juga pihak pentadbir terutama cikgu Saiyed selaku GPK Kurikulum yang sering membimbingku bagi memantapkan LDP.(Ucapan istimewaku:Terima Kasih cikgu Saiyed dan kak Siti!!!)

Alhamdulilah, pada 16hb April 2010,saya dan beberapa AJK LDP telah menyampaikan beberapa taklimat sekaligus mesyuarat pertama bagi menerangkan proses LDP pada tahun 2010.Sudah ternyata apa yang difikirkan di minda ini semua guru tersenyum girang mendengar kaedah telah bertukar dan tidak perlu hadir 7 hari tetapi hanya perlu MEMBACA 7 buah buku setahun sahaja dan seterusnya ditulis di dalam borang yang disediakan oleh AJK LDP.

Penerangan tersebut telah berjalan lancar dan pada hari Rabu ini(21 April 2010) pada jam 3 petang bengkel tunjuk cara menulis book review telah diadakan di Pusat Sumber sekolah.Alhamdulilah semua guru memberi kerjasama yang baik dan faham akan arahan dan tugas yang diberikan kepada mereka mengenai kepentingan membaca yang mampu meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Semoga LDP 2010 ini berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah dirancang.

####Foto dibawah adalah diantara
aktiviti-aktiviti Bacaan BUKU oleh guru-guru SKI
(Paling istimewa gambar akhir tuu.. em..GB dan GPK 1 sedang asyik menulis book review tu..huhuhh..###






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...