Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Mei 14, 2010

Pemantauan j-QAF & Keputusan MTQ


(Puan Sabariah sedang melihat beberapa item keperluan j-QAF)

Assalamualaikum dan salam nur kasih
Pada hari ini 14hb Mei 2010 (Jumaat) sekolahku telah didatangi seorang tetamu.Ingat kan sekadar tetamu biasa emm..rupanya datang pemantau j-QAF. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Sabariah bt Sapari,Penyelia Kanan Pendidikan Islam Teras,Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Selangor.

Kami menyambut beliau dengan hati yang gembira walaupun di dalam hati masing2 agak gelisah juga..yelah bila pemantau datang kebiasaannya banyak lah komen2 nya...kalau yang membina alhamdulilah tapi yang tak seronoknya komen2 negatif..aduii...sakit juga hati ni...sebab yang kita buat di sekolah mengikut situasinya dan tiba2 pemantau datang di suruh ubah ikut caranya...kan agak pusing juga kepala ni...hehee..

kembali kepada topik...

Alhamdulilah..Puan Sabariah telah melihat beberapa item berkaitan j-QAF ni,antaranya:
- Fail2 j-qaf
- Buku rancangan pengajaran harian guru
- Buku2 latihan murid
- Buku laporan pembacaan Al-Quran murid
- Cara perlaksanaan pengajaran jawi,al-quran,bahasa arab dan Kem bestari Solat
- Pengunaan PCG bahasa Arab dan Agama

Banyak juga isu2 j-qaf yang telah kami perbincangkan..Puan Sabariah banyak memberi komen2 positif dan idea2 bagi memantapkan pelaksanaan j-qaf di sekolah.Melihat di raut muka beliau merasa amat berpuas hati dengan penjelasan kami mengenai perjalanan j-qaf di sekolah Ijok.Walaupun beliau tidak berkesempatan untuk memantau kami di dalam kelas tetapi beliau yakin dengan cara2 kami.

Terima Kasih saya ucapkan kepada puan Sabariah yang telah datang bagi mengingatkan saya amanah dan pentingnya j-qaf ini demi masa depan generasi kecil kita ini.Insya-Allah saya dan sahabat2 jqaf lain akan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kami.Semoga ALLAH meredhai niat suci kami ini.Ameen.

######## ########### ############ ##############

Pada tarikh 8hb Mei(Sabtu) yang lepas ,sekolah ku telah menghantar peserta wakil daerah Kuala Selangor iaitu adik Adlin Farahin bt Abu Khair bagi pertandingan bercerita kisah Nabi dari Al-quran Peringkat Negeri di SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI Subang Jaya,Selangor.Saya dan bebarapa orang guru Agama telah menghantar adik Adlin ke sana..

Adik Adlin telah berjaya memperoleh tempat ke - 5 daripada 10 orang peserta-peserta hebat yang datang dari pelbagai daerah di Selangor ini.Walaupun tidak berjaya mendapat tempat 1-3 ,namun saya tetap bersyukur dan redha kerana saya yakin usaha padu telah pun dilakukan oleh adik Adlin sebelum pertandingan tersebut.Insya-Allah tahun depan kita cuba lagi ya Adlin...

Dibawah adalah Aksi adik Adlin ketika menyampaikan cerita beliau...
( emmm...lupa ayat ke Lin..uiii...macam mana ustazah nak tolong ni...hehee...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...