Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Jun 23, 2010

Catatan Sedih

Assalamualaikum

Hari ini 23hb Jun 2010 adalah hari yang memilukan hati ku...amaaaaat pilu kerana akan kehilangan satu PERMATA yang sangat berharga iaitu pemergian ayahanda CIKGU SAIYED MOHD SHARIF B SAIYED HASAN selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum di SK Ijok.

Beliau akan berpindah kesekolah baru dan memegang jawatan baru sebagai GURU BESAR di sekolah yang lain.Ikhlas dihatiku ucapan TAHNIAH atas pertukaran jawatan baru tersebut.Semoga cikgu Saiyed akan terus sihat dan kuat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Amat mengejutkan juga bila mendengar yang cikgu Saiyed akan berpindah ke sekolah lain..yelah sy ingat hanya khabar2 angin jer..rupanya khabar2 itu membawa berita yang benar dan menyedihkan ..sangat2 sedih..Dah la minggu ni kalut dengan elaporan j-qaf dan macam2 hal lain ditambah pula berita sedih ni... lagi laaa...


Salaman Terakhir oleh semua murid SKI...

Saya sebenarnya masih x puas lagi menimba ilmu dan pengalaman dari beliau...dan sampai sekarang saya masih lagi memerlukan didikan dari beliau.Tapi apa kan daya...mungkin Allah ada jalan yang terbaik untuk ku dengan merelakan pemergian beliau berhijrah ke sekolah yang lain..Secara peribadi cikgu Saiyed dah saya anggap macam abah ku yang ke-2 selepas pemergian allahyarham abahku yg disayangi itu..Sesungguhnya tiada yang lebih menyedihkan agendaku hari ini melainkan terkedu diam untuk beberapa waktu bagi meredakan perasaan sedih ini..
Kata-kata Terakhir dari Beliau..sedih sungguh hatiku..uhhh

Ya ALLAH kau berikanlah daku kekuatan dan ketenangan atas segala-galanya dan Berikanlah kebahgiaan dan kesihatan kepada AYAHANDA CIKGU SAIYED DAN KELUARGA BELIAU bagi menjalani kehidupan ini.Ya ALLAH mudahan pengganti beliau selepas ini adalah yang lebih baik dan dapat membantuku meneruskan perjuangan kearah pendidikan yang hanya mencari RedhaMU sahaja.ameen

TERIMA KASIH Cikgu Saiyed!!!! kami warga SK Ijok sayang cikgu..Maafkan atas segala kesalahan kami serta halalkan segala ilmu yang cikgu berikan kepada kami...
Semoga Ukhuwah kita x terputus sampai di sini...berkekalan lah hendaknya..InsyaAllah.


Inilah Cikgu Saiyed...
Idola ku...dan pembaakar semangat ku menjadi seorang guru yang hebat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...