Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Jun 07, 2010

Kem Jati Diri 2010

Penyampaian Cenderahati wakil Fasilitator UIA kepada pihak Sekolah

Assalamualaikum Sahabat yang dirahmati ALLAH sekelian,
Tulisan ku kali ini adalah berkisar mengenai program yang telah diadakan:
Nama Program : Kem Jati Diri
Hari/Tarikh : 4-5 hb Jun 2010
Tema: Jati Diri Asas Kecemerlangan
Tempat: SK Ijok
Anjuran; Badan Kaunseling dan Bimbingan
dengan kerjasama Semua guru Tahun 6 dan pelajar-pelajar UIA

Hari Pertama KEM JATI DIRI

Perkata dari ku..
Alhamdulilah dan selawat ke atas Nabi Muhammad rasul amin diatas keizinannya maka sekolah ku sekali lagi dapat menganjurkan kem jati diri bagi semua murid tahun 6 sesi 2010 ini.Rasanya ini adalah kem yang sangat memuaskan hatiku berbanding dengan kem-kem sebelumnya kerana ia mendapat bimbingan daripada fasilitator-fasilitator yang sangat komited dengan tugasan yang diberikan kepada mereka.
Sejujurnya saya rasa amat berterima kasih kepada fasilitator UIA yang ikhlas hati membantuku dan sekolah bagi melahirkan murid-murid yang ada jati diri sendiri dan ingin berjaya dalam hidup.Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi agak berbaloi jugalah kepenatanku dengan segala pengisian di dalamnya .Begitu juga dengan kesibukan ku dalam menguruskan beberapa perkara seperti menyediakan item-item peperiksaan pertengahan tahun 2010,menghantar respon pemantauan oleh pihak JPS pada baru-baru ini,juga menyiapkan analisa elaporan jqaf ( masih belum siap lagi ni..aduii tambah pusing lagila ni dengan data2 jawi-al-quran-bahasa arab dan solat..emm..letih den..) dan akhirnya tugasan besar iaitu mengadakan kem ini.
Pengalaman yang hebat juga kerana buat pertama kali terasa sangat2 lenguh badan ni itupun terasa selepas habis kem. tak pelah yang penting semua slot telah lancar perjalanannya.
Oleh itu,di kesempatan ini jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan kem ini terutama sekali pelajar didikan ku dari UIA :
(MOHAMMAD ZAID BIN MOHD RAIS-W’ ABDUL RAHMAN BIN WAN BURHADIN-NOOR ELRIDZUAN BIN ELIAS
MUHAMMAD SAPUAN RIDZUAN BIN MOHAMMAD-
ANWAR BIN HAMZAH-MUHD TARMIZI BIN MAT YUNUS
ERLIZAWANI BINTI JASMI- NOR AISHAH ABU TALIB-NORAZIAH ANINI MOHD RASHID-NUR AMIRAH IZHAM -HAWA MAS AZWAR AHMAD)semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian semua.Keep in touch ya dearest students..hehee.. sayang kalian semua.Teruskan usaha kalian kearah membantu umat Islam kita kearah redhaNYA.

Hari Kedua KEM JATI DIRI

Wajah2 hebat fasilitator UIA yang berdedikasi
Menjamu selera tu..huhuhh
Nyanyian terakhir...semangat jati diri yeah!!!
harap2 selesa tidur di bilik kristal..hehee
Amanatku sebelum ke pentas Kem..emm...emm..

Mudahan kita berjumpa lagi,Insya-Allah.....Salam

2 ulasan:

  1. tahniah dan terima kasih madam noraini..insyaAllah..ada rezeki bertemu lagi...sayang madam

    BalasPadam
  2. tq madam once again for the golden opportunity. Mana yang kurang harap dimaafkan. Take care ye.

    BalasPadam

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...