Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Jun 20, 2010

Ready for elaporan j-QAF 6 Bln Pertama



Assalamualaikum Sahabat2 ku...

Esok 21hb Jun 2010 adalah hari bermulanya persekolahan penggal ke-dua.Selepas berehat selama 2 minggu maka akan bermula lah strategi pengukuhan dan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, tugasku juga semakin hebat.Moga diberikan ALLAH kekuatan untuk meneruskan perancangan yang telah dibuat bagi tahun 2010 ini.

Bicara pasal penghantaran e-laporan 6 bulan Pertama j-QAF ini rasanya banyak juga penambahbaikan yang ada di dalam perisian ini.Namun semasa cuti sekolah ini ku hanya sekadar melihat2 dan cuba memahami proses pengisian nya sahaja.Ini kerana x de moooood langsung nak duduk selama 3@4 jam bagi mengisinya..tambah2 lagi di waktu cuti ini.Bak kata sahabat2 se-j-QAFku 'masa cuti kita cuti laaaa..lepas buka sekolah baru peningkan kepala pikir pasal elaporan'...ok lah kalau begitu...sahabat2 ku..heheee

Setelah ku belek2 kandungan e-laporan j-QAF ni rasanya berkemungkinan dalam minggu depan PPD Daerah ku pasti akan memanjangkan surat taklimat ke semua sekolah agar dapat menghantar 1 @ 2 orang guru j-QAF/Agama bagi menerangkan item2 yang perlu di isi dalam laporan tersebut.Oleh itu ku rasa memang wajar la pada musim cuti yang lepas ini ku tidak ada keinginan untuk membuatnya kerana mungkin ada beberapa item yang baru..jadi x perlu lah buat kerja 2 kali..heheee

Semoga AllAH memberikan kemudahan kepadaku dan rakan2 sekerja di sekolah bagi menyiapkan e-laporan j-QAF 6 bln pertama ini tanpa memeningkan kepala.

Juga buat seluruh sahabat komuniti j-qaf satu Malaysia diucapkan selamat kembali ke sekolah semula dan meneruskan perjuangan dan matlamat j-QAF tanpa Gagal...

Yeah !!! we can do it!!! Salam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...