Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Julai 29, 2010

Aktiviti Sekolah Minggu ke-27
Nyanyian Asma Husna oleh Semua Murid di tapak perhimpunan

1.Perhimpunan Wajib Sekolah
Seperti hari permulaan sekolah sebelumnya ,ia adalah hari perhimpunan formal yang wajib di hadiri oleh semua warga sekolah.Acara pagi nya juga mempunyai beberapa agenda mengikut arahan yang telah di keluarkan oleh Jabatan Pelajaran.Namun begitu,sejak 2 bulan kebelakangan ini,sekolah telah membuat pertukaran irama alunan nashid Asma husna dengan versi yang baru.Justeru,pada mulanya memang agak payah juga bagi murid2 untuk mengikutinya.Ini kerana irama nya agak perlahan dan shadu.Oleh itu,Panitia Pendidikan Islam & Moral telah mengambil langkah iaitu membuat edaran lirik Asma Husna dan akan mengedarkannya pada murid2 pada waktu perhimpunan sekolah.Ia bertujuan bagi memudahkan mereka bernasyid mengikut urutan yang tertib.Namun yang demikian itu,sehingga ke hari ini, Alhamdulilah,didapati murid2 makin lancar dan dapat mengikuti irama itu dengan baik walaupun kebanyakan murid2 tahap 1 masih kurang lancar untuk menashidkan nya bersama-sama.Tetapi x mengapa kerana saya yakin masih ada waktu lagi bagi memurnikan nasyid tersebut pada masa hadapan.Insya Allah.

2. P& P
Pengajaran dan Pembelajaran juga berjalan seperti biasa.Semua guru berjuang habis-habisan mengajar dan mendidik murid2 mengikut sukatan pelajaran tahunan.Tak ketinggalan saya juga berusaha sebaik mungkin memberi kefahaman teori dan amali bagi subjek yang di ajar.Namun begitu,terdapat satu cerita yang menarik juga pada minggu ini apabila saya telah diajukan beberapa soalan yang agak mencabar untuk menjawabnya.huhuu...ambil masa juga untuk memberi jawapannya agar murid2 selesa dengan jawapan yang saya berikan itu.

Contoh soalan-soalan 'power' murid kepada saya:
-Ustazah kalau kita buat baik pada semua perbuatan kita tetapi kita tak buat ibadah yang Allah suruh,macam mana ye???
-Ustazah kalau kita beli barang kat makcik tu tetapi rupanya makcik tu dapat barang itu daripada hasil curi,jadi kita berdosa tak???
-Ustazah mak saya suruh saya tipu kat ustazah pasal tidak hadir ke kem bestari solat tu..macam mana ye???
-Ustazah si Refki tu kena solat baring ke kalau dia x boleh nak berdiri dan duduk???

aduiii..hebat sungguh murid2 ku ini...but its ok..sbb mereka dah boleh fikir perkara2 yang perlu mereka tahu antara baik dan salah di sisi agama.Alhamdulilah.So,saya berilah jawapan secara mudah dan ringkas untuk mereka faham.

3.Latihan Kebakaran
Pada minggu ini juga Ustazah Siti Narimah selaku AJK Keselamatan Sekolah telah memberi taklimat mengenai Keselamatan Sekolah.Antara aspek yang telah beliau tekankan ialah cara2 menyelamtkan diri sewaktu kebakarandi sekolah.Di akhirnya beliau mengumumkan bahawa pada minggu ini dan seterusnya akan dijalankan latihan kebakaran secara 3 peringkat.dan peringkat pertama telah pun bermula pada pagi tadi.

Murid-murid berkumpul di padang
lari...lari..lari...nanti hangus pulak...hahaaa

Aktiviti lain KU
-Perkhemahan Putri Islam pada 30hb Julai-1hb Ogos 2010 di SK Bandar Baru K.Sel (hoho...saya di minta bermalam di sana pada hari sabtu...emmhhh,,,lemah den memikirkannya..pasti tidur di khemah ni...hahaa)

-KBS Siri 4 bagi semua murid pemulihan solat tahap 2 pada 31hb Julai 2010.

-Membantu sahabat sekerjaku menyiapkan kerja Universiti nya yang bertajuk Etika dalam penggunaan Internet dan Komputer.(Uhh..saya cuba tolong mana2 yang saya mampu lah yek kak Siti...hehee)

-Menyiapkan jadual relief semua guru SKI (Alhamdulilah dah hampir siap..harap2 GB puasa hati la...)

akhir kalam, salam Syaaban yang mulia pada semua...mg Rahmat ALLAH melindungi kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...