Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 23, 2010

Isra' Mikraj 1431& HAL LAIN??

Sesi ceramah bermula di Dataran Ilmu Sekolah

Assalamualaikum

Hari ini sekolah mengadakan program sambutan Isra' Mikraj 1431H.Detail program nya adalah seperti di bawah:

Nama program: Sambutan Isra Mikraj Peringkat Sekolah
Hari:Jumaat Tarikh: 23.7.2010
Tempat: Dataran Ilmu SK Ijok
Sasaran: Semua warga sekolah Ijok
Aktiviti: Ceramah & Kuiz antara tahun
Anjuran: Panitia Penddidikan Islam & Moral

Alhamdulilah berkat dengan keizinannya program tersebut berjalan lancar,apatah lagi kehebatan penceramahnya yang tidak asing lagi bagi saya dan guru2 j-qaf lain iaitu Al-Fadhil Ustaz Hasnol dari SK Parit Mahang.

Sesungguhnya ustaz Hasnol berjaya menyampaikan ceramah beliau dengan baik dan menarik minda murid2 untuk mendengarnya begitu juga dengan guru2 SKI yang lain.Masing2 merasa seronok dengan isi penyampaian beliau yang agak interktif dan menginsafkan hati.

Dan saya apatah lagi merasa agak bertambah ilmunya mengetahui mengenai perjalanan hebat Nabi Muhammad s.a.w yang disayangi dan mengambil ibrah dari perjalanan Baginda yang agung itu.

Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Penceramah Jemputan

Walaupun begitu, tatkala sesi ceramah disampaikan saya tak berkesempatan untuk mendengarnya dengan penuh teliti dan hanya duduk di bawah khemah mencatit setiap isi penting daripada ceramah beliau.

Hal-hal lain.....
Ini kerana kesibukan saya sebagai pengelola program yang memaksa saya untuk bergerak bagi memastikan program berjalan lancar.Tambahan pula pada hari itu juga saya kena menghantar buku laporan aktiviti panitia sepanjang tahun 2009-2010 beserta dokumentasi bergambar dan video(sekiranya ada) kepada pihak Pengurusan Pendidikan Islam & Moral,PPD Daerah Kuala Selangor.

Aduh... agak rumit juga..yelah ..sepanjang minggu ini saya terpaksa menyelongkar semula beberapa folder di dalam laptop untuk mencari foto2 yang sesuai untuk diletakkan di dalam dokumentasi tersebut,agak banyak juga gambar2 yang menarik tapi x boleh nak cuci semua,jadi saya mengambil sebahagian daripadanya sahaja.

Antara foto2 yang dicuci bagi tahun 2010 adalah sambutan Maal Hijrah,Sambutan Maulidur rasul,Sambutan Isra' Mikraj,KBS Siri 1,2,3&4 dan Kem Jati Diri

Bagi tahun 2009 ialah Sambutan Maal Hjirah,Maulidur rasul,Isra' Mikraj,Ihya' Ramadhan,Hari Raya dan Kem Remaja Islam.Alhamdulilah, dalam pusing2 kepala mencari foto yang sesuai terjumpa beberapa video yang boleh di hantar bersama.

( kepada kak Zah..boleh tak tahun depan saya letak jawatan S/U?? hehee...aduii kak demi akak sanggup ku redah hujan semalam semata2 nk cuci gambar dan binding laporan ni..maklum lah boss arahkan untuk di hantar hari ini.)bukan x ikhlas tapi hari ini agak letih sikit dan terasa nak demam balik...hahaaa

DAN ..

( kepada ustaz Hasnol saya td copy lagu OPICK kat laptop ustaz ..maaf sebab tadi x sempat nak bagi tau..hehee )

Semoga hari2 ku selepas ini adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya.Hanya RahmatMU dan PelindunganMU ku harapkan Ya Rabbi.. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin