Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Julai 21, 2010

Rotan????

Assalamualaikum

Ketika saya menulis catatan ini hatiku rasa sangat selesa.Ini kerana segala ketidak tenteraman hati yang melanda pada hari semalam telah menjadi dingin dan tenang semula.

Sesungguhnya pada minggu ini merupakan hari2 persekolahan yang amat tegang.Bukannya kerana apa tetapi dek kerana masalah moral murid2 yang kian parah pada abad miliminium ini.UHHH...YA ALLAH hebat sungguh dugaan mu kali ini.

Saya tatkala berada di bilik guru seringkali mendengar keluhan beberapa orang guru yang acapkali mengeluh mengenai perangai murid2 yang sangat runcing.nak kata dah pandai x lah jugak tetapi mereka merasakan yang diri mereka dah pandai tahu segala2 nya dan x suka dengar nasihat guru2.Kerja rumah pun x sempurna mana,kelas tambahan pulak macam biskut dlm iklan tu...apa tu..kejap ada ..kejap xde...bila buat latihan pulak suka tiru jawapan kat belakang buku..emm...ingat guru2 x tahu ke,bila cikgu2 beri nasihat gelak2 x hormat pada guru2...dan macam2 hal lah...(emhh.klu ikut nafsu dah lama kena tampar tapi bila ikut akal, fikir2 banyak kali...anak orang...bkn anak....)

Jadi saya mengambil langkah untuk terus memberi nasihat dan meluahkan ketidakpuasan hati guru2 tersebut kepada murid2. Pada hari Selasa 20hb julai 2010 jam 10.15 pagi selepas murid2 tersebut tamat membuat ujian UPSR Daerah, saya memulakan tazkirah pendek..hehee..ohh...penat lidah berkata2 dengan penuh semangat mengingatkan mereka tentang AKHLAK seorang murid..sempat jugak saya sentuh pasal KEM JATI DIRI yang mereka dah ikuti..seolah2 mcm xde moral positif yang mereka dah dapat daripada kem tersebut.Rumus nya saya bertegas kat mereka yang saya x kan kata apa2 melainkan hanya tindakan sahaja.

Aduhai,ku sangka kan budak2 tu dah faham tapi pada hari yang sama jugak mereka buat hal..

saya berada di kelas 5 uum mengajar subjek pendidikan Islam bertajuk Hijrah Rasul ke Madinah.Di akhir pengajaran saya tutup dengan memasang nashid yang bertajuk TOLAAL BADRU ALAINA sebagai rumusan daripada tajuk tersebut,tatkala murid2 di kelas tersebut riang menyanyikan nashid itu keluarlah beberapa orang murid tahun 6 di koridor kelas antara 5 uum dan 6 usm dan berjoget2 ala-ala menarikan tarian dangdut.Mulanya saya x perasan sangat tapi apabila melihat murid2 kelas 5 uum yang asyik melihat luar kelas, saya kehairanan dan terus bertanya kenapa??? jawabnya: 'tu haaa ustazah bdk2 tahun 6 berjoget2 kt luar kelas'

Apalagi...tetiba naik geram la pulak...apasal bdk2 ni berjoget2 pada hal di dalam kelas mereka ada cikgu...kenapa keluar kelas dan menganggu murid2 lain belajar..aduh..mcm2 soalan berlegar2 kt kepala ni..tetapi tindakan refleksi mengatasi segala2 nya dan emhh..satu tindakan agresif yang telah saya buat tanpa rela sebenarnya iaitu merotan mereka.

Tiba di rumah, rasa geram x habis lagi..x tau la kenapa.bukan sebab rasa bersalah meroton mereka tetapi sedih yang amat kenapa saya harus merotan mereka..

pada petang tersebut saya berbicara dengan sahabat se j-qaf dan meluahkan kejadian yang telah berlaku itu.ehmm..tetiba pulak sahabat saya tu gelak besar kat saya .hehe..hai kak shida ketawa kan saya ye??? rupanya bkn kerana apa tetapi kes saya merotan bdk2 tu adalah isu biasa2 jer dan dia pulak terkejut sebab x percaya saya merotan bdk..hahaaa

so,Alhamdulilah,kak shida telah banyak memberi nasihat kepada saya dalam menangani isu-isu moral bdk2 sekarang..TQ Kak Shida...

Pada hari ini saya memangil semula bdk2 malang yg dirotan itu dan kami berbicara secara damai bagi memulihkan suasana.Alhamdulilah,bdk2 tu dah faham kenapa saya merotan mereka dan masing2 meminta maaf dan berjanji akan menjaga kelakuan mereka kelak.

Justeru,hati saya rasa sangaaat2 bahagia dan mulai senyum semula seriang lagu2 cinta nyanyian farees yang bertajuk albi nadak..ohhh...best2.

Ini adalah sekadar citer ku yang hanya meminta ku untuk memikirkan semula peranan ku sebagai seorang pendidik...jangan mengalah dek hal2 yang kecil tapi teruskan belajar dan mengajar ke arah yang lebih baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...