Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Julai 15, 2010

Hari2 yang Sibuk..

Sibuk berbincang tuu...huhuhu

Assalamualaikum sahabat2 ku yang di rahmati Allah,
Semalam adalah hari yang agak meletihkan kepalaku kerana banyak agenda penting yang di uruskan.Antaranya adalah mesyuarat panitia kali 3/2010.Ia adalah mesyuarat buat kali pertamanya tanpa kehadiran cikgu Saiyed.Hmm..tak apalah..agenda tetap diteruskan.

Pada kali ini banyak juga isu2 yang telah kami perbincangakan antaranya analisis peperiksaan pertengahan tahun 2010 bagi subjek Pendidikan Islam dan Moral,serta Analisis model2 pengajaran dan pembelajaran j-QAF semester pertama ini.Juga kami sempat berbincang mencari solusi mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan berbincang memantapkan pengurusan panitia dalam segala aspek. Disamping itu juga kami telah berbincang mengenai aktiviti2 panitia yang terdekat iaitu Kem Bestari Solat siri ke 3 dan ke 4,Program Isra' Mikraj dan Ihya' Ramadhan dan lain2 perkara.HUH..banyak2..

Di saat itu,Sekalung pujian telah kami terima daripada pihak pentadbir Sekolah kerana pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Ijok telah memainkan peranan penting bagi membangunkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid2 pada setakat ini dan mengungguli panitia2 lain daripada aspek keaktifan menjalankan program2 sekolah.Alhamdulilah, terima kasih kami ucapkan.Sesungguhnya kami hanya menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mesyuarat tanpa kehadiran penasihat Utama....

Bagi saya pula x berapa kisah sangat pasal pujian2 itu sebab apa2 tugas yang diberikan saya terima hanya kerana mencari ilmu tentangnya,upgrade skill tentangnya,dan utama because of ALLAH and my ummah,InsyaAllah.

Justeru, tarikh terdekat yang telah kami sepakat untuk menjalankan aktiviti2 tersebut seperti dibawah:
---- Program KBS SIRI 3& 4 : 17hb Julai dan 31hb Julai (Sasaran: semua murid pemulihan solat tahap 1&2)
---- Program ISRA' MIKRAJ : 23hb Julai 2010 (Sasaran : semua warga SK Ijok)
---- Program Permata : Minggu depan sehingga hujung tahun 2010 (Sasaran : semua murid pemulihan Jawi dan Al-Quran)
---- Program Ihya' Ramadhan : Tarikh belum ditetapkan dan aktiviti pengisiannya telahpun dibincangkan (Sasaran: semuua warga SK Ijok)
---- Sambutan Hari Raya : mesyuarat mengusulkan kepada pihak pentadbir sekolah agar pengelola program diambil alih oleh BAKSI kerana kami ustaz dan ustazah letiiiih bangat sebab banyak program yang kami uruskan sepanjang tahun 2010 ini.(harap2 diluluskan la ya...)
---- Kem Remaja Islam : x sempat dibincangkan kerana dah pukul 4 ptg waktu kokurikulum sekolah.maka ia akan dibincangkan kemudian..
berlatih kawat la hari tu..pengalaman manis ajar murid2 berkawat ,maklumlah x berapa tahu sangat sekadar asas2 je..hahaa..

Semoga Allah memberiku kekuatan,kesabaran dan kesihatan yang baik untuk meneruskan agenda2 yang telah dirancangkan.Juga dikurangkan bebanan masalah diri dan keluarga yang dipikul ini.YaALLAH tiada daya bagi ku hamya padaMU ke memohon keringanan masalah dan Rahmat berpanjangan.Ameen
Kata2 Perangsang ..ya aini u can do it...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...