Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 09, 2010

Tetamu Bertandang lagi...

Guru Besar disisi Tn Timbalan Pelajaran Selangor di Surau Sekolah

Assalamualaikum sahabat yang diRahmati ALLAH semua.

Alhamdulilah dan selawat ke atas Rasulul Amin,bahagia pada hari Jumaat yang mulia ini kerana ia adalah hari yang sangat barakah dan penghulu segala hari-hari yang lain,Dan juga hari terakhir bekerja untuk merehatkan diri selepas penat bekerja lima hari..(x juga..kadang2 terpaksa buat kerja2 tambahan lain...rela tak rela ku buat juga..)uhh..

Bersyukur ku kerana dapat meneruskan hidup ini dan harungi perjuangan yang semakin mencabar dari hari ke hari..disamping kekuatan dan semangat tinggi yang di terima daripada teman2 tersayang membuatku semakin tabah dan ikhlaskan diri meneruskan misi ku..TERIMA KASIH sahabat2ku..Moga kalian di Rahmati ALLAH selalu.ameen

Hari ini ,sekolah ku menerima lagi kedatangan tetamu-tetamu yang hebat juga,ianya tak lain dan tak bukan kedatangan tetamu daripada Jabatan Pelajaran Selangor.Kehadiran mereka yang tidak disangka-sangka oleh semua warga sekolah.Walauapapun,kami mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke sekolah kami ini.

Rupanya kedatangan mereka ini ingin melihat perkembangan sekolah.Contohnya meninjau perjalanan SPBT sekolah dan lain-lain.Tetapi di antara mereka ada yang sempat juga ingin berjumpa dan memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR yang semakin hampir ini.Tetamu tersebut adalah Tn Shahshim Sham bin Harun (Pegawai Pelajaran Timbalan Menteri Pelajaran Selangor).

Tn Shahshim Shah telah memberi motivasi tersebut di surau sekolah pada jam 8.30 pagi selepas murid-murid mengerjakan solat Hajat.Sesungguhnya saya sempat juga mendengar ceramah ringkas beliau dan isi2 penyampaian beliau sangatlah terkesan di hati saya terutamanya apabila beliau menyentuh tentang tugas guru yang sangat hebat dan peranan murid-murid untuk menuntut nya secara habis-habisan dengan berbudi bahasa.Oleh itu,saya amat mengharapkan agar semua murid tahun 6 ini dapat mengambil pengajaran dari penyampaian beliau dan melakukan tindakan segera ke arah kecemerlangan diri.Apa apapun,Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Shahshim Shah atas kesudian Tuan memberikan kata2 semangat kepada kami semua guru2 tahun 6 dan juga murid-murid.Insya ALLAH,mudahan kejayaan dalam pelbagai bidang menjadi milik kami pada tahun 2010 iniAmeen.
Tn Shahshim Shah sedang memberikan nasihat kepada semua murid thn 6/2010

Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...