Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Ahlan GB Baru!!!

Assalamualaikum

GB baru berucap pengenalan diri di Kantin sekolah

Semalam (Khamis/19.8.2010) adalah kedatangan GURU BESAR baru ke SK Ijok.Beliau bernama Encik Norhamshah b Yaakob,berasal dari Kampung Bukit Badong.Justeru ,warga SKI mengalu-alukan kedatangan beliau ke SKI, dan Selamat bertugas cikgu!!!

***************************************************************************

emh...berhenti dulu...Aini pergi Tadarrus NOW!!! hehee

salam

Sabtu, Ogos 14, 2010

Pengisian Ramadhan dll

Alhamdulilah dan selawat ke atas rasululamin Muhammad s.a.w

AHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!!
#########################################################
Sepanjang ketibaan Ramadhan yang mulia ini,Panitia Pendidikan Islam & j-QAF telah merancang mengadakan pelbagai aktiviti menyambut kedatangannya.Ia adalah seperti berikut:
TAKWIM IHYA’ RAMADHAN 1431H

--Majlis Pelancaran program Ihya’ Ramadhan dan Tabung derma (telah berlangsung pada 10.8.2010/Rabu/Gambar diatas...)
--Memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan nasyid di sekolah bermula jam 7.00pagi sehingga 7.30 pagi.(sedang berjalan sehingga akhir ramadhan.Emh..saya ??antara yang terawal datang sekolah bagi memastikan alunan ayat suci dipasang)
--Tazkirah Bingkisan Ramadhan dan Kuiz Ramadhan 1431H (mengikut tarikh yang ditentukan)
--Kutipan Tabung derma setiap hari Rabu sehingga Jumaat(sedang berjalan)
--Tadarus al-quran (sedang berjalan mengikut kumpulan dibimbing oleh semua guru)
--Solat Hajat dan bacaan surah Yaasiin pada setiap hari Jumaat untuk murid-murid tahap 2 secara bergilir-gilir ( sedang berjalan)
--Pertandingan mencipta kad Raya paling kreatif tahap 1 & 2 dalam tulisan Jawi ATAU Arab (paling meriah jualan borangnya)
--Majlis Khatam al-quran (akan berlangsung pada 2.9.2010,Insya Allah)
--Majlis Penutup Ihya’Ramadan 1431H (akan berlangsung juga pada 2.9.2010)
--Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim (akan berlangsung juga 2.9.2010)
--Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (pengelola majlis diambil alih oleh BAKSI)
--Persembahan Alunan Takbir Raya oleh murid-murid tahap 2 ( dalam progres,Insya Allah)
##############################################################
AKTIVITI LAIN?????

MAJLIS RESTU ILMU
--Pagi tadi,sekolah menganjurkan majlis RESTU ILMU yang dihadiri oleh semua murid tahun 6 bersama penjaga mereka bagi salah satu usaha sekolah untuk memohon dan bertawakkal padaNYA agar kecemerlangan UPSR pada tahun ini amat memberangsangkan pencapaiannya ke tahap yang cemerlang.Insya Allah..

Aturcara programnya seperti berikut :
7.30 Pagi— 8.00 Pagi-Pendaftaran Ibu Bapa
8.00 Pagi—9.30 Pagi
-Kata aluan Pengacara Majlis
-Solat Hajat
-Solat Dhuha
-Bacaan Yaasiin
-Tazkirah Oleh Penceramah Jemputan: Al-Fadhil ustaz Kamil b Hj Sidek(untuk Ibu Bapa)
9.30 Pagi – 11-30 Pagi-Motivasi (untuk Murid tahun 6)
JK Majlis sedang menunggu kedatangan Ustaz Kamil di depan meja pendaftaran

Terima Kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis bermanfaat itu tadi.Mudah-mudahan Allah mengkabulkan segala DOA yang telah kita minta dariNYA.Dan Mudahan juga RAMADHAN kita pada kali ini adalah yang terbaik amalannya yang akan kita lakukan hanya keranaNYA sahaja..

PERPISAHAN GURU BESAR :
EN MOHAMMAD KHAIRONI B SHAMSURI


Pada minggu ini juga adalah minggu terakhir GB bertugas.Beliau akan bertukar ke sekolah yang lain.Justeru,warga SKI merakamkan ucapan TERIMA KASIH CIKGU atas sumbangan yang diberi sepanjang cikgu bertugas di sini.JASAMU DIKENANG

Ucapan terakhir cikgu Khaironi dalam perasmian IHYA' Ramadhan 1431H di tapak perhimpunan sekolah.

Aktiviti Bulan KEMERDEKAAN Peringkat Sekolah 2010

Hari Jumaat yang lepas,satu mesyuarat ringkas telah pun diadakan bagi membincangkan aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang bulan OGOS ini.Jadi dibawah adalah antara aktiviti yang akan dilakukan bagi menyambut KEMERDEKAAN NEGARA KE-53 Peringkat sekolah:

- Mewarna bendera (prasekolah & tahun 1)
- Mewarna gambar patriotik ( tahun 2)
- Pantun Patriotik ( tahun 3)
- Sajak Patriotik ( tahun 4)
- Melukis Poster ( tahun 5)
- Kuiz (tahun 6)
- Pertandingan Kad Ucapan Kemerdekaan (TERBUKA)

Pelancarannya akan dibuat pada 16hb OGOS 2010 (ISNIN) Dan Penutupannya pada 03hb SEPTEMBER 2010 (JUMAAT).

MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Isnin, Ogos 09, 2010

APC 2009 & Ramadhan 1431H

Alhamdulilah dan solawat ke atas rasulul amin.

Hari ini di antara tarikh yang indah buat ku atas penerimaan hadiah yang tidak disangka-sangka.Ia merupakan hadiah motivasi diriku kearah perlaksanaan tugas yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa hadapan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 berada di Dewan Utama

Tambahan juga dengan ketibaan bulan RAMADHAN 1431H ini juga adalah hadiah kedua ku yang amat di nanti-nantikan.Semoga kedatangannya membawa RAHMAT besar kepada ku ke arah menjadi hambaNYA yang ikhlas menjalankan amanah sebagai khalifah di bumi bertuah ini.

--------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala diri ku berada di Dewan Ibnu Batutah,SMKA Kuala Selangor...

bermula pendaftaran penerima anugerah jam 7.30 pagi -8.00 pagi.Saya pergi ke sana dengan menaiki kenderaan Pn Rumailah Suradi, rakan sekerja yang juga sama-sama menerima APC bagi tahun 2009

Sempat juga bergambar sewaktu sesi pendaftaran di depan Dewan Utama

Bagi tahun 2009 yang lepas,Penilaian semua pentadbir sekolah dan Beberapa pegawai PPD telah memberi penilaian sepenuhnya kepada semua guru SKI pada borang prestasi kerja.Maka,tercalon lah saya dan 2 orang rakan yang lain sebagai penerima APC tahun 2009,mereka adalah Pn Rumailah bt Suradi(GPK HEM) dan En Mohd Tahrin b Maarof(Guru Disiplin).TAHNIAH ya cikgu-cikgu semua...

Bagi ku agak terkejut juga apabila menerima surat jemputan itu..maklumlah rasanya banyak yang perlu dipelajari lagi dan guru-guru senior di Ijok juga adalah yang terbaik..dan ini mungkin rezeki ku...bak kata Tn Suhaimi tadi 'YOU are the BEST among the Best'

#######################################

AMANAT dari Tuan MOHD SUHAIMI BIN YAIDI (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Jabatan Pelajaran Selangor):

- RUTIN adalah sesuatu yang boleh membunuh diri
- Biasakan diri kita dengan ZikruALLAH dan bukan nya berfikir untuk PENCEN
- Jangan LETIH sekarang GURU hendaklah BANGKIT kearah mendidik anak bangsa menjadi insan
- Teruskan lah penambahbaikan sebagai 'role-model' pada guru-guru yang lain



Sesungguhnya Amanat yang di sampaikan oleh tn Suhaimi amat terkesan di jiwa saya (walaupun keadaan diri tadi tidak menyenangkan sebab badan tak berapa sihat sebenarnya)Tapi saya paksa kan juga diri ini..rasa menyesal pulak nanti sekiranya tidak fokus pada penyampaian beliau yang amat berharga itu.

Akhirul Kalam,saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Warga SKI terutama barisan pentadbir yang dihormati,rakan-rakan sejawatan (j-qaf),guru-guru pembimbingku yang menjadi sumber inspirasiku dan tidak lupa kepada keluarga tersayang dan juga buat insan yang disayangi selalu yang sentiasa berada di hatiku .....

Salam perjuangan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Dan Salam RAMADHAN 1431H ***** شهر رمضان المبارك كل عام وانتم بخير *****

Jumaat, Ogos 06, 2010

Pengajaran Al-Quran

Gerak Kerja Bertulis di dalam kelas

Bidang: Tilawah Al-Quran
Tajuk: Membaca dan Menghafaz Surah Al-Adiat
Hasil pembelajaran:
Murid dapat menyebut,membaca dan menghafaz dengan betul dan lancar surah Al-Adiat
Aktiviti:
1.Talaqqi Mushafahah 2.Bacaan 3.Hafazan 4.Kuiz berkumpulan
5.Kaset Al-Quran 6.Latih Tubi 7.Gerak Kerja Bertulis 8.Tasmik Hafazan



Rumusan: 97% murid dapat menguasai pembelajaran dengan baik

Komen :Ini adalah P&P Tilawah Al-Quran yang dapat saya simpulkan kejayaanya dengan cemerlang.Ini kerana penglibatan murid dapat dilihat secara sepenuhnya terutama dalam aktiviti kuiz berkumpulan yang telah saya jalankan pada minggu ini dan natijahnya amat memberangsangkan.

Alhamdulilah

Selasa, Ogos 03, 2010

Buku Pengurusan Dakwah


Perkata
--------------------
Pada 28hb Julai,sekolah menerima sebuah buku daripada PPD Daerah Kuala Selangor.Ia merupakan sebuah buku yang bertajuk ...

emhh...berhenti nak solat maghrib jaaap....

------------ --------------- --------------- --------------- ----------------

Sambungan ----
Buku itu bertajuk PENGURUSAN DAN TEKNIK DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia (2010).

Buku yang mengandungi 95 halaman ini sangat berguna kepada semua guru Pendidikan Islam sebagai panduan ketika menjalankan aktiviti dakwah (Kokurikulum Pendidikan Islam) dan yang paling utama ia dapat mengawal daripada penggunaan modul-modul yang diragui keesahannya oleh BPG,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sesungguhnya,bagi saya ia adalah sebuah buku yang sangat istimewa kerana amat berkait dengan tugas luar saya sebagai Setiausaha yang acapkali memerlukan bahan-bahan kukuh dan benar bagi melancarkan segala perancangan yang ingin dibuat.Tambahan pula banyak juga maklumat terkini dan isu-isu baru yang di catat pada setiap tajuk yang dapat dirangkumkan dalam 7 bahagian.

7 bahagian tersebut ialah:
1. Penguurusan Aktiviti
2. Nasyid Murid Sekolah
3. Cerita-cerita murid sekolah Rendah
4. Hafazan Doa Harian
5. Zikir munajat
6. Bibliografi
7. Borang Instrumen Pemantauan Dakwah KPM

Buku kecil berwarna keorenan ini telah pun habis di baca oleh saya dan apa yang dapat difikirkan di kepala saya hanyalah untuk mengemaskini semula kertas kerja dan laporan segala aktiviti dakwah Agama Islam dan j-QAF di laptop dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan utama.
EMHH....bila difikir berulang-ulang kali rasanya banyak sungguh kerja-kerja pengubahsuaiaan yang akan dilakukan tu..uhhh...
Ya ALLAH ..ringankan lah bebananku ini...

Tetapi...tak mengapa...be positive ustazah!!! buat sikit-sikit...

Justeru,buat sahabat-sahabat ku terutama yang berjawatan Setiausaha ..apalagi moh kita murnikan semula pengurusan dan teknik dakwah Islamiah sekolah kita pada tahun hadapan .

Ke arah Pendidikan Islam dan j-QAF Tanpa GAGAL.Insya Allah.

Ahad, Ogos 01, 2010

Barakallah by mahER Zain

Tatkala saya menulis catatan ini kedengaran lagu Maher Zain yang rancak bertajuk Barakallah di telinga kiri ku ini..Emm..Tetiba teringat laa pulak adengan riang ketika sedang mengajar Bahasa Arab di kelas 4 UPM baru-baru ini.

Ceritanya begini...

Saya sedang mengajar Tatabahasa Arab iaitu Tasrif al Af'al dan penerangan ringkas pembahgiaan FEEL yang ada di dalam bahasa Arab.So, dah habis penerangan macam biasa la saya selalunya akan membuat latihan bersama-sama dengan murid dalam kumpulan .

Maka dah tamat tempoh yang diberikan untuk menjawab soalan2 itu maka saya pun berbincang lah dengan mereka bagi memeriksa jawapan yang telah di buat.Saya menyuruh mereka menukar buku dengan rakan sebelah dan menandakan jawapan yang betul atau salah di dalamnya.

Selalunya sebelum menanda saya akan soal mana2 murid untuk memberikan jawapan bagi soalan tersebut..kebetulan soalan itu terfokus pada pembahagiaan Feel iaitu Jumlah Fe'liah dan Jumlah Ismiah..

Ironi nya bila murid memberikan jawapan saya akan bertanya kenapa anta/ti memilih jawapan itu? ini kerana saya lebih suka murid2 saya berfikir semula kenapa mereka menjawap untuk memilih jawapan tersebut dan bukannya jawapan lain.Cth : soalan 1 jawapannya adalah A dan bukan B ? Kenapa Memilih A ????

emhh...kanak2 comel yang riang..bny jawapannyaaa...hehee

Pada masa tu radio di atas meja guru sedang ON dan saya mempelahankan volumenya kerana apabila tiba masa yang sesuai baru lah saya set kan lagu yang ingin dinyanyikan nanti..apalagi lagu Izkir Fadlukum (uhhh..sedap sungguh lagu ini..)

Tetapi..si Lokman pulak buat hal..saya tanya Lokman kenapa jawap A ha...emm Lukman apalagi pandang rakan2 nya nk minta bantuan la tu...

Saya pulak aduhhhh...terkelip2 mata ni dengan wajah yang bingung..ishhh dalam hati berkata hai budak ni tadi dah terang habis2 pun masih x bole nak jawab...

Pendek kan citer, saya berjalan laju terus ke meja guru dan kebetulan pulak lagu si maher zain -Barakallah- pulak kuar...apalagi ku kuat kan lah volumenya disertai mimik mukaku yang mengikut irama awal lagu tersebut...dan murid2 pulak gelak besar melihat aksi lucu Ustazah nya yang mereka sangka ustazah nak naik angin ni tapi rupa2 nya TIDAK....Hahaaaa

Maka,murid2 ni pulak dah terlekat sakan suka lagu niii...apalagi tang kalimah bahasa arab tuu... bila sampai tang kalimah arab tu uhhh..bergema kelas..hahaa

Barkallah by maher ZAIN:
We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir
(chorus)
From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir
Barakallah
Barakallahu lakuumwalanaa
Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say
(Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir


Murid paling semangat nyanyi lagu ini antaranya si wusqo,adlin,firas dan fasha..hahaa suara mereka berempat ni mengalahkan suara rakan2 mereka yang lain..

hahaa aduii..gelak sendiri saya...

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...