Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Ogos 09, 2010

APC 2009 & Ramadhan 1431H

Alhamdulilah dan solawat ke atas rasulul amin.

Hari ini di antara tarikh yang indah buat ku atas penerimaan hadiah yang tidak disangka-sangka.Ia merupakan hadiah motivasi diriku kearah perlaksanaan tugas yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa hadapan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 berada di Dewan Utama

Tambahan juga dengan ketibaan bulan RAMADHAN 1431H ini juga adalah hadiah kedua ku yang amat di nanti-nantikan.Semoga kedatangannya membawa RAHMAT besar kepada ku ke arah menjadi hambaNYA yang ikhlas menjalankan amanah sebagai khalifah di bumi bertuah ini.

--------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala diri ku berada di Dewan Ibnu Batutah,SMKA Kuala Selangor...

bermula pendaftaran penerima anugerah jam 7.30 pagi -8.00 pagi.Saya pergi ke sana dengan menaiki kenderaan Pn Rumailah Suradi, rakan sekerja yang juga sama-sama menerima APC bagi tahun 2009

Sempat juga bergambar sewaktu sesi pendaftaran di depan Dewan Utama

Bagi tahun 2009 yang lepas,Penilaian semua pentadbir sekolah dan Beberapa pegawai PPD telah memberi penilaian sepenuhnya kepada semua guru SKI pada borang prestasi kerja.Maka,tercalon lah saya dan 2 orang rakan yang lain sebagai penerima APC tahun 2009,mereka adalah Pn Rumailah bt Suradi(GPK HEM) dan En Mohd Tahrin b Maarof(Guru Disiplin).TAHNIAH ya cikgu-cikgu semua...

Bagi ku agak terkejut juga apabila menerima surat jemputan itu..maklumlah rasanya banyak yang perlu dipelajari lagi dan guru-guru senior di Ijok juga adalah yang terbaik..dan ini mungkin rezeki ku...bak kata Tn Suhaimi tadi 'YOU are the BEST among the Best'

#######################################

AMANAT dari Tuan MOHD SUHAIMI BIN YAIDI (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Jabatan Pelajaran Selangor):

- RUTIN adalah sesuatu yang boleh membunuh diri
- Biasakan diri kita dengan ZikruALLAH dan bukan nya berfikir untuk PENCEN
- Jangan LETIH sekarang GURU hendaklah BANGKIT kearah mendidik anak bangsa menjadi insan
- Teruskan lah penambahbaikan sebagai 'role-model' pada guru-guru yang lain



Sesungguhnya Amanat yang di sampaikan oleh tn Suhaimi amat terkesan di jiwa saya (walaupun keadaan diri tadi tidak menyenangkan sebab badan tak berapa sihat sebenarnya)Tapi saya paksa kan juga diri ini..rasa menyesal pulak nanti sekiranya tidak fokus pada penyampaian beliau yang amat berharga itu.

Akhirul Kalam,saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Warga SKI terutama barisan pentadbir yang dihormati,rakan-rakan sejawatan (j-qaf),guru-guru pembimbingku yang menjadi sumber inspirasiku dan tidak lupa kepada keluarga tersayang dan juga buat insan yang disayangi selalu yang sentiasa berada di hatiku .....

Salam perjuangan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Dan Salam RAMADHAN 1431H ***** شهر رمضان المبارك كل عام وانتم بخير *****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...