Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Ogos 03, 2010

Buku Pengurusan Dakwah


Perkata
--------------------
Pada 28hb Julai,sekolah menerima sebuah buku daripada PPD Daerah Kuala Selangor.Ia merupakan sebuah buku yang bertajuk ...

emhh...berhenti nak solat maghrib jaaap....

------------ --------------- --------------- --------------- ----------------

Sambungan ----
Buku itu bertajuk PENGURUSAN DAN TEKNIK DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia (2010).

Buku yang mengandungi 95 halaman ini sangat berguna kepada semua guru Pendidikan Islam sebagai panduan ketika menjalankan aktiviti dakwah (Kokurikulum Pendidikan Islam) dan yang paling utama ia dapat mengawal daripada penggunaan modul-modul yang diragui keesahannya oleh BPG,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sesungguhnya,bagi saya ia adalah sebuah buku yang sangat istimewa kerana amat berkait dengan tugas luar saya sebagai Setiausaha yang acapkali memerlukan bahan-bahan kukuh dan benar bagi melancarkan segala perancangan yang ingin dibuat.Tambahan pula banyak juga maklumat terkini dan isu-isu baru yang di catat pada setiap tajuk yang dapat dirangkumkan dalam 7 bahagian.

7 bahagian tersebut ialah:
1. Penguurusan Aktiviti
2. Nasyid Murid Sekolah
3. Cerita-cerita murid sekolah Rendah
4. Hafazan Doa Harian
5. Zikir munajat
6. Bibliografi
7. Borang Instrumen Pemantauan Dakwah KPM

Buku kecil berwarna keorenan ini telah pun habis di baca oleh saya dan apa yang dapat difikirkan di kepala saya hanyalah untuk mengemaskini semula kertas kerja dan laporan segala aktiviti dakwah Agama Islam dan j-QAF di laptop dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan utama.
EMHH....bila difikir berulang-ulang kali rasanya banyak sungguh kerja-kerja pengubahsuaiaan yang akan dilakukan tu..uhhh...
Ya ALLAH ..ringankan lah bebananku ini...

Tetapi...tak mengapa...be positive ustazah!!! buat sikit-sikit...

Justeru,buat sahabat-sahabat ku terutama yang berjawatan Setiausaha ..apalagi moh kita murnikan semula pengurusan dan teknik dakwah Islamiah sekolah kita pada tahun hadapan .

Ke arah Pendidikan Islam dan j-QAF Tanpa GAGAL.Insya Allah.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh

    1.Syukran atas komen positif

    2.Buku tu bukan buku baru. Ia merupakan edisi semakan semula dan kemas kini edisi awal yg diterbitkan pd 1981..Edisi kali ini merupakan gabungan idea GPI senior, junior, GPI j-QAF, PPD dan pegawai BPI sendiri. Beberapa kelemahan telah dibuat penambahbaikan dan cadangan baru dimasukkan.
    Namun rasanya masih banyak lagi yang boleh ditingkatkan utk manfaat bersama. Yg salah cetak (zikir font arab terbalik2) di luar kuasa kami. Aktiviti j-QAF belum dapat dimasukkan.(Mungkin 20 tahun lagi kut.Bila dibuat semakan semula lagi.hehehe..)Komen membina drpd ustazah, amat dialu2kan.

    2.Tahniah APC2009.Buktikan GPI boleh!!

    Hj.Azman Ahmad
    man_hakimi06@yahoo.com

    BalasPadam

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...