Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Pengisian Ramadhan dll

Alhamdulilah dan selawat ke atas rasululamin Muhammad s.a.w

AHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!!
#########################################################
Sepanjang ketibaan Ramadhan yang mulia ini,Panitia Pendidikan Islam & j-QAF telah merancang mengadakan pelbagai aktiviti menyambut kedatangannya.Ia adalah seperti berikut:
TAKWIM IHYA’ RAMADHAN 1431H

--Majlis Pelancaran program Ihya’ Ramadhan dan Tabung derma (telah berlangsung pada 10.8.2010/Rabu/Gambar diatas...)
--Memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan nasyid di sekolah bermula jam 7.00pagi sehingga 7.30 pagi.(sedang berjalan sehingga akhir ramadhan.Emh..saya ??antara yang terawal datang sekolah bagi memastikan alunan ayat suci dipasang)
--Tazkirah Bingkisan Ramadhan dan Kuiz Ramadhan 1431H (mengikut tarikh yang ditentukan)
--Kutipan Tabung derma setiap hari Rabu sehingga Jumaat(sedang berjalan)
--Tadarus al-quran (sedang berjalan mengikut kumpulan dibimbing oleh semua guru)
--Solat Hajat dan bacaan surah Yaasiin pada setiap hari Jumaat untuk murid-murid tahap 2 secara bergilir-gilir ( sedang berjalan)
--Pertandingan mencipta kad Raya paling kreatif tahap 1 & 2 dalam tulisan Jawi ATAU Arab (paling meriah jualan borangnya)
--Majlis Khatam al-quran (akan berlangsung pada 2.9.2010,Insya Allah)
--Majlis Penutup Ihya’Ramadan 1431H (akan berlangsung juga pada 2.9.2010)
--Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim (akan berlangsung juga 2.9.2010)
--Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (pengelola majlis diambil alih oleh BAKSI)
--Persembahan Alunan Takbir Raya oleh murid-murid tahap 2 ( dalam progres,Insya Allah)
##############################################################
AKTIVITI LAIN?????

MAJLIS RESTU ILMU
--Pagi tadi,sekolah menganjurkan majlis RESTU ILMU yang dihadiri oleh semua murid tahun 6 bersama penjaga mereka bagi salah satu usaha sekolah untuk memohon dan bertawakkal padaNYA agar kecemerlangan UPSR pada tahun ini amat memberangsangkan pencapaiannya ke tahap yang cemerlang.Insya Allah..

Aturcara programnya seperti berikut :
7.30 Pagi— 8.00 Pagi-Pendaftaran Ibu Bapa
8.00 Pagi—9.30 Pagi
-Kata aluan Pengacara Majlis
-Solat Hajat
-Solat Dhuha
-Bacaan Yaasiin
-Tazkirah Oleh Penceramah Jemputan: Al-Fadhil ustaz Kamil b Hj Sidek(untuk Ibu Bapa)
9.30 Pagi – 11-30 Pagi-Motivasi (untuk Murid tahun 6)
JK Majlis sedang menunggu kedatangan Ustaz Kamil di depan meja pendaftaran

Terima Kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis bermanfaat itu tadi.Mudah-mudahan Allah mengkabulkan segala DOA yang telah kita minta dariNYA.Dan Mudahan juga RAMADHAN kita pada kali ini adalah yang terbaik amalannya yang akan kita lakukan hanya keranaNYA sahaja..

PERPISAHAN GURU BESAR :
EN MOHAMMAD KHAIRONI B SHAMSURI


Pada minggu ini juga adalah minggu terakhir GB bertugas.Beliau akan bertukar ke sekolah yang lain.Justeru,warga SKI merakamkan ucapan TERIMA KASIH CIKGU atas sumbangan yang diberi sepanjang cikgu bertugas di sini.JASAMU DIKENANG

Ucapan terakhir cikgu Khaironi dalam perasmian IHYA' Ramadhan 1431H di tapak perhimpunan sekolah.

Aktiviti Bulan KEMERDEKAAN Peringkat Sekolah 2010

Hari Jumaat yang lepas,satu mesyuarat ringkas telah pun diadakan bagi membincangkan aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang bulan OGOS ini.Jadi dibawah adalah antara aktiviti yang akan dilakukan bagi menyambut KEMERDEKAAN NEGARA KE-53 Peringkat sekolah:

- Mewarna bendera (prasekolah & tahun 1)
- Mewarna gambar patriotik ( tahun 2)
- Pantun Patriotik ( tahun 3)
- Sajak Patriotik ( tahun 4)
- Melukis Poster ( tahun 5)
- Kuiz (tahun 6)
- Pertandingan Kad Ucapan Kemerdekaan (TERBUKA)

Pelancarannya akan dibuat pada 16hb OGOS 2010 (ISNIN) Dan Penutupannya pada 03hb SEPTEMBER 2010 (JUMAAT).

MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...