Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, September 25, 2010

Aktiviti Selepas EID

Murid-murid sedang mendengar ucapan hari raya di tapak perhimpunan

Assalamualaikum dan salam SYAWAL 1431H..

Pembuka Minggu pertama persekolahan selepas bercuti Eid 1431H dimulakan dengan acara penting iaitu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)/2010.(Selasa-Khamis)
Bacaan doa sebelum ke dewan utama peperiksaan

Dan seterusnya Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 2010.(Sabtu)

Tanpa membazir masa dan menaip pengisian acara tersebut,molek rasanya saya paparkan dalam bentuk bergambar je lah ye....(buat cikgu-cikgu Ijok, gambar-gambar ni saya tak letak di facebook hanya di blog ni jer..hehee..so,faham-faham je la...)
cikgu Amirah dan cikgu Siti sibuk mengayam ketupat bagi persiapan sambutan hari Raya
em..kak Khai sibuk nampak tu...hehee
Cikgu-cikgu sibuk menyediakan hidangan di khemah
emm...sedapnya menjamu selera...
persembahan medley lagu-lagu raya..amboi..sedap sungguh suara si Wusqo...
acara kompang Raya
Alunan Takbir Raya dipimpin oleh adik Haziq
peserta-peserta dalam acara pakaian ragam GLAMOR Raya...

Pihak Pengurusan mengucapkan Syukran atas kerjasama bagi menjayakan sambutan EidulFitri ini.

Selasa, September 14, 2010

Eidul Fitri di Rumah & Sekolah

Sambutan di Rumah.....

Inilah keluarga tersayangku.Moga ALLAH sentiasa merahmati kami selalu...tanpa ABAH disisi buat tahun yang kedua...AL-Fatehah buat abah.

ALLAHU AKBAR ...ALLAHU AKBAR..

----------------اللهم إني أسألك برحمتك التي وسعت كل شيء أن تغفر لي --------------------

Alhamdulilah..telah pun berakhir bulan Ramadhan yang mulia,walaupun agak sedih juga kerana nikmat keindahan ibadah di dalamnya beransur tamat.

Tiada lagi--- keseronokan melakukan solat sunat Tarawih,Tadarus bersama murid-murid,mendengar bacaan Al-quran yang sangat meruntun jiwa yang disampaikan oleh beberapa Imam di Radio ikim.fm,Qiamullail selepas bersahur,menonton jejak rasul dan lain-lain.Huhu..sedihnya...

Apa-apa pun...itulah dunia...sentiasa bergerak pantas sama ada kita bersedia atau pun tidak...

-------------------------------AHLAN YA Syawal Kareem---------------------------------

Hari Eidul Fitri 1431H.Terima kasih ya ALLAH..Kedatangannya telah merapatkan ukhuwahku bersama keluarga tercinta,saudara-mara yang dikasihi,sahabat-sahabat yang disayangi dan insan-insan lain yang ku kasihi.Moga Berkatnya sentiasa dibawah pimpinanMU.

Dan sebelum terlupa,agak besar juga perbelanjaanku untuk menyambut kedatangannya...Duit hari Raya..emm..dll laaa..hehee

Adik-adik ku bersama kak Long...hahaa...
Foto ini istimewa untuk si Ana...haha...copy ya...jgn tak copy...hehehe

IStimewa..foto si kecik niiii....sapa lagi ILHAM yang handsome..huhuhh...

Sambutan di Sekolah.....

Murid-murid bersalaman dengan warga pendidik sempena Hari Raya
## gambar ini diambil pada hari jumaat sebelum bercuti hari Raya dan sambutannya mungkin diadakan selepas peperiksaan UPSR,Insya Allah.

Khamis, September 02, 2010

Penutupan IHYA' RAMADHAN yg Gemilang..

Pembuka Bicara
foto kenangan Penutupan Ihya' Ramadhan 1431H peringkat sekolah:---
Barisan Pentadbir di hadapan pentas utama
Adik Fadhilah bt Jaafar sedang memperdengarkan bacaan al-Quran
Bersedia....Peserta perempuan dan lelaki dalam bacaan khatam al-Quran

Segak berdiri Murid yang terlibat dalam persembahan kompang selawat

Bicara Manis....

ALHAMDULILAH YA ALLAH dan Selawat ke atas Rasulul AMIN..

Sesungguhnya tiada kepuasan yang dapat dizahirkan di hati ini iaitu pada hari keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini, sekolah ku telah pun selesai mengadakan hari penutupan IHYA' Ramadhan peringkat sekolah tahun 2010 dengan jayanya.

Bermulanya bacaan khatam al-quran dan warga SKI khusuk mendengarnya...

Ia adalah sepertimana kebiasaanya dibawah anjuran Panitia Pendidikan Islam & j-QAF.

Dipendekkan cerita,alhamdulilah semua aktiviti-aktiviti berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada seluruh warga sekolah kebangsaan Ijok.Justeru,di kesempatan ini sekalung penghargaan TERIMA KASIH JAZAKUMUALLAH HU KHAIRAN KHATIRA saya mewakili Gerak kerja jawatankuasa PPI & j-QAF ucapkan dan moga segala usaha murni kita itu mendapat ganjaran hebat dariNYA,Ameen.

Sambungan ....
sebahagian daripada foto-foto bahgia:--

Penyampaian hadiah oleh GPK HEM dan GB kepada sebahagian pemenang-pemenang pertandingan Ihya' Ramadhan.TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!

Sebahagian anak-anak yatim SKI bersedia menerima sumbangan Derma Sempena Hari Raya.
Ucapan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1431H oleh GB
Saya juga sempat bergambar di samping guru-guru dan murid-murid di dewan sambutan..(yang mana satu ni yek...hehee)
Pembahgiaan buah KURMA kepada semua warga SKI.(emm...simpan ..bawa balik..jgn dimakan ya...puasa2.)
Istimewa buat warga SK IJOK:---
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN EIDULFITRI & MAAF ZAHIR BATIN...

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...