Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, September 02, 2010

Penutupan IHYA' RAMADHAN yg Gemilang..

Pembuka Bicara
foto kenangan Penutupan Ihya' Ramadhan 1431H peringkat sekolah:---
Barisan Pentadbir di hadapan pentas utama
Adik Fadhilah bt Jaafar sedang memperdengarkan bacaan al-Quran
Bersedia....Peserta perempuan dan lelaki dalam bacaan khatam al-Quran

Segak berdiri Murid yang terlibat dalam persembahan kompang selawat

Bicara Manis....

ALHAMDULILAH YA ALLAH dan Selawat ke atas Rasulul AMIN..

Sesungguhnya tiada kepuasan yang dapat dizahirkan di hati ini iaitu pada hari keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini, sekolah ku telah pun selesai mengadakan hari penutupan IHYA' Ramadhan peringkat sekolah tahun 2010 dengan jayanya.

Bermulanya bacaan khatam al-quran dan warga SKI khusuk mendengarnya...

Ia adalah sepertimana kebiasaanya dibawah anjuran Panitia Pendidikan Islam & j-QAF.

Dipendekkan cerita,alhamdulilah semua aktiviti-aktiviti berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada seluruh warga sekolah kebangsaan Ijok.Justeru,di kesempatan ini sekalung penghargaan TERIMA KASIH JAZAKUMUALLAH HU KHAIRAN KHATIRA saya mewakili Gerak kerja jawatankuasa PPI & j-QAF ucapkan dan moga segala usaha murni kita itu mendapat ganjaran hebat dariNYA,Ameen.

Sambungan ....
sebahagian daripada foto-foto bahgia:--

Penyampaian hadiah oleh GPK HEM dan GB kepada sebahagian pemenang-pemenang pertandingan Ihya' Ramadhan.TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!

Sebahagian anak-anak yatim SKI bersedia menerima sumbangan Derma Sempena Hari Raya.
Ucapan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1431H oleh GB
Saya juga sempat bergambar di samping guru-guru dan murid-murid di dewan sambutan..(yang mana satu ni yek...hehee)
Pembahgiaan buah KURMA kepada semua warga SKI.(emm...simpan ..bawa balik..jgn dimakan ya...puasa2.)
Istimewa buat warga SK IJOK:---
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN EIDULFITRI & MAAF ZAHIR BATIN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...