Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Oktober 20, 2010

Hati ini kadangkala..

O Allah..hari ini adalah hari yang penuh emosi buatku..tak tahu la sama ada ia adalah satu solusi yang baik atau tidak..

Buat pertama kalinya saya rasakan minggu persekolahan yang sangat merimaskan dan serba serbi macam nak marah jer…

bila ke sekolah pusing-pusing kepala ini dengan melihat karenah guru-gurunya yang membosankan dan kenakalan murid-murid ku yang semakin hari semakin naik kepala mereka apalagi kedegilan dan perilaku yang agak negatif.

Tatkala sampai ke rumah rasanya amat menenangkan,kerehatan yang amat puas walaupun sekejap ditambah dengan alunan muzik yang di pasang di bilik ku yang amat mendamaikan kepalaku daripada hiruk pikuk dunia luar sana terutamanya suasana merimaskan di sekolah..

O Allah…tenangkan hatiku ini..

Ya Allah ampunkan aku…selalunya hati ini rasa amat seronok dengan pekerjaanku tetapi tak tahu la minggu ini rasa amat tidak tenteram dan kemarahan ku semakin membara… (mungkin sibuk bangat dengan data-data elaporan dan kertas-kertas peperiksaan serta laporan-laporan yang perlu diselesaikan segera,perancangan program terakhir sekolah,perancangan tahun 2011 dll…huhuu..)

Petang rabu 20hb Oktober jam 3.00 petang..satu mesyuarat Panitia Pendidikan Islam bil 4 diadakan..Ia adalah mesyuarat yang terakhir pada tahun ini.Banyak sungguh agenda yang dibincangkan.Maka, pada petang itu juga saya meluahkan ketidak tenteraman hati yang melanda diri.Rasa marah,sedih,geram dan pilu dengan sikap sebahgian guru-guru SKI yang mempunyai penyakit hati.

Ku luahkan segala-galanya…

Saya tak kisah lah apa rakan-rakan lain nak cakap tapi saya tahu rakan-rakan ku itu faham situasi ku.
Teman-teman sekerja yang baik budinya pada ku..

Aduhai ..lega rasanya..dapat ku luahkan segala-galanya…Dan akhirnya bermacam-macam pandangan ku terima…ada yang melegakan dan ada yang tidak TETAPI

Bila mendengar kata-kata ajaib tatkala round table di akhir mesyuarat..rasa nya terhampar bayangan indah mengejutkan ku agar BANGKIT..BANGKIT.dan JANGAN PUTUS ASA USTAZAH….

Kata-kata semangat ku peroleh daripada Pihak Pentadbir dan KP menyedarkan ku semula…Peranan ku AMAT diperlukan….Lakukan kerja-kerja itu hanya kerana ALLAH,MURID DAN SEKOLAH..

YA ALLAH…selamatkan aku dan jauhkan aku daripada memiliki hati-hati yang sakit..

Berikan ketenangan kepadaku selalu.dan damaikan hati ku bahgia bersama dengan teman-teman seperjuangan yang memiliki hati suci dan rindu ku pada sikap baik hati pelajar-pelajarku di UIA hanya rindu keranaMU semata-mata.Meraka penaik semangat Ku..agar murid-muridku di IJok ini mampu menjadi Insan Berguna dan budiman seperti mereka..Insya –Allah
Pelajar-pelajar ku yang baik hati membantu ku dalam apa jua permintaanku.Insya Allah

ALHAMDULILAH ya ALLAH…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...