Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Oktober 22, 2010

Jamuan tahun 6/2010

Puan Hjh Sharifah Masiah(yang berdiri tu) bersedia menyiapkan juadah di kelas 6 UIA

Alhamdulilah...

rasa kesyukuran di panjatkan kerana hari ini sungguh murah rezeki ku.apa taknya tahun 6 UIA mengadakan sedikit jamuan makan kepada semua guru-guru yang mengajar mereka.

Ia adalah jamuan sebagai tanda terima kasih mereka pada guru-guru tahun 6.

Apa-apa pun TERIMA KASIH saya ucapkan terutama kepada guru kelas tahun 6 UIA teacher Hjh Sharifah Masiah bt Wan Jawi dan semua murid 6 UIA atas jamuan yang menyelerakan itu..berbaloi laa...hehee..lepas letiih mata ustazah menghadap laptop 3-4 hari ni mengisi data-data laporan jqaf maka ada la pulak rezeki perut ku...agaknya nak beri tenaga balik laa nii..hehee

SubhanALLAH..sedap betul satay tu...makan banyak ustazah ..hohoho....Alhamdulilah
Barisan guru-guru tahun 6 yang hebat-hebat belaka..hahaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...