Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 02, 2010

JasaMU Dikenang

Barisan orang-orang kuat dibelakang Pentadbiran SK IJOK..

Assalamualaikum dan salam Kebahgiaan Syawal yang mulia..

Semalam 1 Oktober 2010 (Jumaat),sekolah mengadakan satu majlis mengenang JASAMU kepada 3 orang guru SKI yang telah pun berpindah ke sekolah yang lain.Mereka adalah
1. Encik Mohamad Khaironi bin Shamsuri (GURU BESAR)
2. Tuan Hj Saiyed Mohd Sharif b Saiyed Hasan (GPK Kurikulum)
3. Encik Ahmad Lutfi b Khailani (Guru Data)

Sesungguhnya,lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti kan ada selepasnya perpisahan.Justeru,saya redha atas ketentuanNYA.Semoga pengganti-pengganti mereka selepas ini adalah yang lebih baik yang mampu memotivasikan diri saya menjadi seorang guru yang serba boleh.Insya Allah.
Cikgu Khaironi sedang menerima cenderahati daripada pihak panitia Pendidikan Islam
Cikgu SAIYED sedang menerima cenderahati daripada panitia pendidikan Islam
Cikgu Ahmad Lutfi sedang menerima cenderahati daripada Panitia pendidikan Islam
#################################################################################
em...nak mencelah jap...si Ilham ni..bawa ke TESCO habis duit dibuatnya...hehee


Semoga Jasa-jasa cikgu semua mendapat ganjaran hebat dariNYA.Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...