Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Kem Bina Juara & Literasi Quran 2010

Perasmian Penutupan Kem oleh Tn Hj Arifin bin Mohd Amin (Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Selangor)

Assalamualaikum dan salam Nur kasih

Hari ini Program j-QAF terakhir bagi peringkat daerah Kuala Selangor telah pun berlangsung dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah.Perincian program seperti berikut:

Nama Program: Kem Bina Juara & Kem Literasi Al-Quran,Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor 2010
Tema: Al-Quran Membentuk Generasi Bestari
Hari : Sabtu
Tarikh: 30hb Oktober 2010
Tempat: SK Bandar Baru Kuala Selangor
Masa: 7.30 pagi-5.00 petang
Peserta: Sebahgian murid-murid SK di daerah Kuala Selangor
Perasmi: Tuan Hj Arifin bin Mohd Amin (Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Selangor)
Penganjur: Unit Pengurusan Pendidikan Islam (j-QAF),PPD Kuala Selangor.

Persembahan murid dalam Muhadasah Al-Lughotul Arabiah

Persembahan murid dalam Bacaan Tarannum Al-Quran

Sekadar Cerita di DALAMNYA:------------------------------------------

1.Alhamdulilah,rasa seronok menyertai kem ini,selepas penat otak menguruskan elaporan jqaf bln okt..huuhh

2.Kem ini dibahgikan kepada 2 bahagian iaitu:
a) KEM BINA JUARA ---Al-Quran,Jawi dan Bahasa Arab
b) KEM LITERASI AL-QURAN

3.Pihak pengurusan telah memberi kan saya amanat untuk mengendalikan Slot Bahasa Arab sebagai Ketua Fasilitator,walaupun pada mulanya agak terkejut juga kerana edaran surat yang telah diberi memaklumkan saya hanya sebagai fasilitator biasa sahaja dan bukannya sebagai Ketua fasilitator.Justeru,agak kelam kabut juga kerana persiapan untuk slot bahasa Arab tiada,maka saya gunakanlah metod-metod yang ada dan yang terlintas di kepala secara terus.nasib baik lah sahabat-sahabat ku yang lain ada maka perjalanan untuk slot itu dapat dilangsungkan dengan jayanya.Tahniah!!!

(SYUKRAN kepada Ustazah Rashidah,Ustazah Siti Zulaikha,Ustazah Azah dan Ustaz Tarmizi)u all memang best laaa...hehee

Taklimat kepada semua guru j-QAF Daerah Kuala Selangor sebelum bergerak ke LDK masing-masing

4.Sangat bahgia dapat berkomunikasi Bahasa Arab sesama sahabat-sahabat se j-QAF satu daerah dan juga murid
Bergambar bersama dengan kumpulan Bahasa Arab beserta dengan Fasilitator lain iaitu Ustazah Rashidah dan Ustazah Siti Zulaikha

5.Sempatlah bertanya khabar antara sahabat-sahabat ku dan pelbagai citer yang dapat dijadikan tauladan.

6.Dapat la juga membeli air minuman kesihatan daripada kak shida dan ustaz Tarmizi sempat juga promote pasal insuran kat kami..heheee tgk la ya us...nanti saya fikirkan pasal tuu...heheee

7.Ucapan oleh Tn Hj Arifin b Mohd Amin :
-Kerjasama antara guru-guru PI dan j-qaf diperlukan bagi memperkasakan Pendidikan Islam
-Teruskan usaha mendidik anak-anak dalam menguasai ilmu agama terutama Al-Quran
-Penyertaan dalam kerjaya sebagai guru agama amat terhad
-Potensi murid perlu digilap selalu
-Mengharapkan perjalanan j-qaf tanpa gagal selama-lamanya
-Pengajaran j-QAF adalah sama penting nya dengan program-program khas lain KPM seperti LINUS,KIA 2M dan lain-lain.

Apa-apa pun Terima Kasih dan mohon kemaafan daripada saya sekiranya terdapat kelemahan tatkala mengetuai slot Bahasa Arab tadi dan semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dariNYA,Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...