Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Perhimpunan Kebangsaan GURU 1Malaysia

Guru-guru 1Malaysia berada di Stadium Putra Bukit Jaya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Hari ini buat julung-julung kali pertamanya perhimpunan kebangsaan Semua GURU dari pelbagai negeri datang berkumpul di Stadium Putra Bukit Jalil bersama-sama YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib b Tun Hj Abdul Razak diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penuh semangat persembahan tarian yang amat menarik dan ceria

Bagi saya ia merupakan satu perhimpunan yang harmonis dan dapat menaikkan semangat diri mengiingatkan bahawa profesion perguruan ini adalah satu pekerjaan yang amat penting kepada negara Malaysia dan amat lah mulia.

Sebahagian guru-guru dari pelbagai negeri datang bersama-sama meraikan perhimpunan ini.

Bertolak awal dari rumah sebelum jam 5.30 pagi lagi...ini kerana kami pergi ke sana menaiki bas bersama-sama dengan guru-guru dari sekolah yang lain.Tambahan pula,dengar-dengar jika saya ke sana menaiki kereta dikatakan agak susah hendak mendapatkan tempat parking...emm...betul juga ramalan itu...sampai-sampai di sana diberitahu perhimpunan ini adalah perhimpunan sebahgiaan daripada guru daripada seluruh negeri di Malaysia dan dijangka ia berjumlah lebih kurang 14 ribu orang penyertaannya.

Saya bersama rakan sekerja Ustazah RinaIryani.sempat juga berkenalan dengan cikgu LIM..tapi sory..cikgu Lim tak sempat ambil gambar bersama-sama..hehehe

Sampai di sana..rasa hati sangat teruja dan bersemangat...rasa bertuah menjadi seorang guru.Walaupun di sekolah pada ketika ini agak haru biru dalam diam...bila di fikirkan sedalamnya baik saya biar kan jer..tak perlu layan sangat-sangat karenah senior-senior dan kenakalan murid-muridku di sana...yang penting semangat diri saya akan terus berkobar-kobar mendidik kerana Allah,Agamaku,Bangsaku dan negaraKu .Insya allah.

Kadang-kadang terfikir juga apasalah guru-guru yang datang kesana terdiri daripada guru-guru yang memang dah bagus..kenapa tidak dihantar je guru-guru yang kurang motivasi diri pasal keguruan ni..alasan yang diberi mereka ada kerja di rumah..habis saya dan rakan-rakan guru lain ni takde kerja ke nak buat..tu haaa laporan j-qaf bulan Oktober masih menugggu ....huhh..ni nak marah ni...

Daripada pusing-pusing baik saya layan jer bacaan sajak ni.(sempat gak rakam walaupun suaranya tak berapa jelas..tapi isi sajak nya sangat puitis dan best..hehee)

Persembahan Sajak :Sumpah GURU 1Malaysia oleh Hj Megat MD Saleh MD Arshad

Apa-apa pun,Saya berdoa moga ALLAH memberi ku kesihatan yang baik,akal yang sihat,kelapangan yang berpanjangan dan ketenangan yang berterusan untuk ku teruskan hidup ini.Moga ALLAH sentiasa bersama ku.Ameen

Salam GURU Pemangkin 1MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...