Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Oktober 14, 2010

Taklimat Kokurikulum Agama & j-QAF

Di dewan Taklimat di PKG Lama,Kuala Selangor

Assalamualaikum

Hari ini adalah bengkel pengurusan Organisasi Kokurikulum Pendidikan Islam 2010 yang dianjurkan oleh pihak PPD bahagian Pendidikan Islam & Moral.Ia menyasarkan 91 orang guru agama yang terdiri daripada semua Ketua Panitia dan seorang guru j-qaf daripada semua sekolah rendah dan menengah daerah Kuala Selangor.

Saya telah di arahkan oleh pihak sekolah untuk ke sana bersama dengan KP,tetapi atas sebab tertentu KP mengundurkan diri beliau dan mengarahkan Ustazah Siti Narimah untuk menemani saya sebagai pengganti beliau.

Walaupun kepenatan menguruskan KRIS tidak selesai lagi tetapi saya kuat kan juga diri kesana bagi mengambil seberapa banyak maklumat dan info terkini mengenai Pendidikan Islam dan j-QAF.

Justeru,antara isi-isi penting yang dapat di kutip ialah ;

1----- TAKLIMAT UMUM oleh Ustaz Abdul Rahman :
(Maklumam mengenai perubahan penjawatan di PPD,Edaran borang berbentuk CD untuk murid-murid ke SMKA,Edaran soalan setara Pendidikan Islam dan Bahasa Arab,Kem Bina Juara dan Kem Literasi Al-Quran yang akan diadakan di SK Bandar Baru pada 30hb Okt,penghantaran segera e-laporan j-qaf bagi bulan Okt,Pengurusan Surau,PTK,Motivasi dikalangan guru-guru agama dan sebagainya)

2----- Pengajaran dan Pembelajaran oleh Ustazah Hjh Hasnah bt Darus :
(penerangan beliau disampaikan melalui slide show yang bertajuk P&P Yang cemerlang.Alhamdulilah,melaluinya dapat mengingatkan semula saya kepada peranan seorang guru yang cemerlang terutama nya apabila mengajar di dalam kelas.Almaklumlah lepas Raya ari tu sibuk betul menguruskan hal-hal yang tidak berkaitan dengan P&P.aduiiii....letih sungguh...hahaaa)

3----- PEKDIS Oleh Jawatankuasa Pekdis :
(emm...sory ..balik awal tak sempat nak dengar...ambil borang jer...)jangan marah ya ustazah Hasnah...hehee...

Apa-apa pun,paling best tadi dapat jumpa best friend ..sapa lagi kalau tak si NAZRAH...hahaaa aduhai NAZ ..u look differend ha...makin cantik and makin bagus dengan idea2 yang menaikkan motivasi ku pasal karenah guru-guru senior ni..i like it..hahaaa..alrite NAZ,u take care ya...

Semoga hari-hari ku lepas ni adalah hari yang penuh semangat untuk ku teruskan tugas ku sebagai GURU dan Hamba ALLAH di bumi Malaysia ini.

## Hari Sabtu ini?? pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk perjumpaan Kebangsaan guru-guru 1 Malaysia.

SALAM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...