Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 11, 2010

Ulasan KEM REMAJA ISLAM 2010

Bergambar bersama dengan barisan Fasilitator UIA/2010 yang budiman

Assalamualaikum dan salam kebahgiaan buat semua..

Alhamdulilah ku tuju istimewa pada tuhan yang satu,penciptaku yang maha mengetahui segala-galanya.Selawat ke atas Rasullul Amin yang membawa agama mulia ini sebagai petunjuk kebenaran kepada umat manusia.

Awal kalam,syukur kepada Allah atas keizinannya saya dan team panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah pun selesai mengendalikan satu program terakhir kami bagi takwim aktiviti tahunan panitia 2010 ini.

Programnya adalah seperti berikut:
Nama Program:Kem Remaja Islam
Hari/Tarikh: Jumaat,Sabtu & Ahad (08hb,09hb & 10hb Oktober 2010)
Tema : Ke Arah Remaja Islam Yang Muttaqin
Tempat:Pantai Indah, Seaview Resort,Sg Sembilang,Jeram,Selangor
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam & j-QAF
Berganding Bahu Bersama:Unit Kokurikulum Sk Ijok Dan Pelajar-Pelajar Uia ,Gombak
Sasaran : Murid-murid Tahap 2 (seramai 100 orang murid)

Rumusan daripada perjalanan kem ini keseluruhan Berjaya mencapai tentatifnya dan perinciannya seperti berikut:

1. Skala Penilaian bagi item KANDUNGAN CERAMAH Dan PENGURUSAN KURSUS yang diambil daripada penilai kursus yang seramai 9 orang (pelajar-pelajar UIA/2010) ialah:

0 – 20 Lemah 21 – 30 Sederhana 31– 50 Baik51 – 60 Sangat Baik 61 – 70 Cemerlang

Slot1(Remaja Cemerlang):Sangat Baik
Slot2(Siapa Saya):Baik
Slot3(Praktikal mandi Wajib 1): Sangat Baik
Slot4(Kembara Alam):Baik
Slot5(Kebudayaan):Sangat Baik
Slot6(Praktikal mandi wajib 2 ):Sangat Baik
Slot7(j-QAF Ku Gemilang):Cemerlang
Slot8(Khidmat Masyarakat):Sangat Baik

Ulasan Umum bagi :

Kekuatan : 1. Kerjasama dan persefahaman yang baik daripada semua fasilitator
2. Kerjasama yang baik daripada murid-murid
3. Persediaan pengurusan kem yang matang dan terurus
4. Isi kandungan Slot yang bagus yang secara tidak langsung memberi proses
pembelajaran yang menarik dan menghiburkan seperti nyanyian lirik lagu
bahasa Arab
5. Ustazah Norulaini yang semangat

Kelemahan : 1. Kurangnya penglibatan guru-guru
2. Makanan yang selalu kehabisan,lambat dan tidak disediakan dengan
cukupnya.Malahan, didapati ada anak-anak guru yang mendapat kelebihan
daripada peserta kem juga murid-murid membawa alat komunikasi yang
boleh mengganggu perjalanan kem
3. Kurang pemahaman daripada fasilitator sendiri mengenai objektif kem
4. Kurang kerjasama daripada semua guru SKI dan keberadaan guru seolah-
olah tiada berfungsi
5. Kawalan disiplin murid terlalu longgar
6.Susun atur program yang menunjukkan kurangnya kajian dan pengalaman
contoh bagi slot 4.

Cadangan: 1. Permurnian semula modul
2. Pemilihan semula tempat kem untuk menggelakkan gangguan orang luar dan
dicadangkan tidur di khemah
3. Penglibatan aktif daripada semua guru amat diperlukan
4. Muhasabah diri semula kepada team pelaksana kem
5. Perbanyakkan slot-slot kesedaran diri
6. Kesinambungan aktiviti bagi setiap slot
7. Sokongan guru diperlukan bagi menjadikan fasilitator lebih bersemangat
untuk menyumbang

Sesungguhnya di sudut hati saya ini merasa gembira atas kelancaran program ini walaupun dibelakang pengendaliannya agak haru biru juga…niat saya Cuma satu semua kerja-kerja kem ini hanya kerana ALLAH dan generasi cilik Ijok yang masih bersih lagi dari anasir-anasir negatif diluar sana..walaupun kurang mendapat kerjasama padu dari rakan-rakan sekerja namun kekuatan yang saya peroleh datangnya daripada wajah-wajah muridku dan juga wajah ceria fasi terutama si aishah tu (nampak kepenatan tapi masih mahu ceria kan diri bila berdepan dengan saya..TQ Shah,MAY ALLAH BLESS U FOREVER)

Dikesempatan ini,Ucapan jutaan TERIMA KASIH yang sangat-sangat kepada pelajar-pelajar UIA/2010 yang ikhlas hati untuk membantu saya bagi melancarkan kem ini.Sejujur-jujurnya sumbangan kalian amat besar jasanya di hati ini.Berbalik pada komen-komen kalian itu madam sekadar ambil ianya sebagai penambahbaikan untuk aktiviti-aktiviti madam seterusnya,Insya-Allah.DAN Maaf zahir batin madam pinta sekiranya banyak kekurangan dan kelemahan daripada pihak madam dan sekolah khususnya.Harap jangan terguris hati dengan komen-komen madam ya dan karenah murid-murid Ijok dan guru-gurunya..

Moga dirahmati kalian semua dan pembelajaran kalian dipermudahkan ALLAH di UIA ya...
madam sayang kalian semua :
Bro.Mohammad Damanhuri
Sis.Erlizawani Jasmi
Sis.Nor Aishah Abu Talib
Bro.Rashid Hafizi Ismail
Sis.Hawa Mas Azwar Ahmad
Bro.M.Saufi
Sis.Syikin
Bro.M.Shahrizal

### Foto murid-murid sepanjang KEM ini akan disambung....Insya ALLAH.
(agak sibuk sikit bulan ini dlm urusan yang lain...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...