Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, November 19, 2010

Hari terakhir persekolahan 2010

Foto terakhirku bersama sebahagian murid tahun 6/2010

OO.. Ya Allah..bahagia bercampur sedih di kala ini..

Alhamdulilah,hari ini adalah hari terakhir persekolahan sesi 2010M@1431H.Banyak sungguh coretan-coretan gembira dan duka berlaku di sepanjang persekolahan 2010 ini.

Bagi ku banyak juga pengalaman,pengetahuan,pembelajaran,pengajaran,ilmu teori dan amalinya dan lain-lain yang berkaitan dengannya telah dipelajari dan amat terkesan pada diri.Apa apa pun saya ambil kesemuanya sebagai panduan dan tauladan bagi peningkatan diri pada masa hadapan,Insya-allah.

Namun,pada catatan kali ini saya hanya ingin menulis cerita yang telah berlaku pada hari terakhir persekolahan iaitu hari ini Jumaat/19hb Nov 2010.

Antaranya:---
1.Suasana : persekitaran yang amat damai di sekolah.

2.Sasaran :Kehadiran murid-murid agak sedikit jumlahnya mungkin kerana semalam adalah hari cuti Eidul Adha di tambah lagi hari Jumaat hari terakhir bersekolah,maka tidak dihairankan lah kedatangan mereka amat berkurangan.

3.Pengisian :perjalanan proses P&P tetap diteruskan.Tetapi yang saya lihat rata-rata guru sibuk mengemaskinikan dan melakukan kerja-kerja pembersihan kelas dan sebagainya sebelum bercuti.

4.Aktiviti tambahan:
Jadual In House Training kepada semua guru yang akan berlangsung di awal cuti persekolahan.Detil nya seperti berikut:
22.11.2010 --
slot 1 ; Penataran pentaksiran & LINUS 1 -L iterasi
slot 2 ; KSSR B.M & MATHS
slot 3 ; Pengurusan Sekolah

23.11.2010 --
slot 4 ; KSSR ENGLISH Year 1
slot 5 ; LINUS (Numerasi thn 2)
slot 6 ; Program NILAM,Kampus ASTRO
slot 7 ; KSSR Muzik

24.11.2010 --
slot 8 ; KSSR Sains
slot 9 ; KSSR Pendidikan Islam & Bahasa Arab thn 1

25.11.2010 -- Mesyuarat GURU

(Pesanan buat Semua cikgu Ijok,datang ya,jangan tak datang,heeheee)

5.Edaran Surat Cuti Sekolah dan bayaran yuran persekolahan 2011
(Masya-allah,sungguh kelam kabut saya lihat tadi..maklumlah mesin rezo dan fotosted dah kehabisan dakwatnya,maka terpaksalah berlari keluar ke kedai luar bagi diperbanyakkan,namun,Alhamdulilah dapat juga diedarkan kepada semua murid bagi tindakan selanjutnya)

6.Penghantaran laporan 2010 dan Perancangan Panitia 2011 oleh semua panitia ke pihak pentadbir sekolah.(Tapi tadi saya hanya hantar perancangan panitia 2011 dan laporan pulak minggu depan ya cikgu-cikgu pentadbir,hehee)

7.Sesi bersalaman oleh semua murid tahun 6/2010 dan pelukan terakhir mereka di SK Ijok.Saya agak pilu..mungkin akan rindu dengan gelagat mereka nanti.Apa-pun saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi mereka di mana saja mereka berada,semoga mereka dapat melaksanakan dan memanfaatkan segala ilmu yang telah diterima daripada guru-guru mereka dengan sebaik-baiknya.

"" Ya Allah! Sesungguh-nya kami memohon kebaikan dan taqwa dalam bepergian ini, kami mohon perbuatan yang meridhakanMu. Ya Allah! Permudahlah perjalanan kami ini, dan dekatkan jaraknya bagi kami. Ya Allah! Engkau-lah teman dalam bepergian dan yang mengurusi keluarga(kami). Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelelahan dalam bepergian, pemandangan yang menyedihkan dan perubahan yang jelek dalam harta dan keluarga.
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan ""

Selamat Tinggal semua...ingat pesan terakhir ustazah 'Jangan Tinggal SOLAT!!'Ustazah sayang kalian semua.

Selamat bercuti semua warga SKI .
Moga berjumpa semula pada tahun 2011,Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...