Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, November 13, 2010

HR Anugerah,KSSR 2011,UPSR,Seminar Guru PI...

Ini lah backdrop yang indah setelah letiih JK nya menyediakannya..xpe cikgu2,,berbalaoi laa..

Alhamdulilah dan SubhanaLLah...

Sesungguhnya minggu-minggu terakhir persekolahan pada kali ini amat menyibukkan diri ku dan memenatkan fizikal dan rohaniku..Walaupun begitu,saya akur itulah proses kehidupan yang menuntut pertanggungjawapan dan peranan ku menyelesaikan segera semua tuntutan duniawi...apa-apa pun saya terima semuanya atas amanah yang ditugaskan oleh tuhanku yang satu itu.

Em...antara program-programnya ialah:
---- Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen Prasekolah(Rabu/10.11.2010)
---- Kursus KSSR B.Arab & PI TAHUN 1,2011 (Rabu/10.11.2010)
---- Rombongan tahun 6 (Khamis/11.10.2010)
---- Keputusan AKhir UPSR 2010 (Khamis/11.11.2010)
---- Proses-proses akhir pembersihan material dan perkakasan Sekolah (Isnin-Jumaat)
---- Seminar Memperkasakan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor (Sabtu/13hb.11.2010)

DAN program luar sekolah yang terakhir IALAH Kursus Membuat Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab tahun 4 pada hari Selasa (16hb.11.2010) di PPD Lama,K.Selangor.

Antara foto yang sempat diambil ::----

D' Hari Anugerah....
emm..Teacher Yana,larat kaa angkat speaker besar tuu???hehee
Ini lah kumpulan kompang selawat Ijok..Gagah berdiri segak paras rupanya,apatah lagi bila mengetuk kompang di tangan tu..lagi lahh hebat bunyinya..hehee
saya sempat gak bergambar dengan JK Pelaksana Hari Anugerah sebelum bertolak pergi ke Kursus KSSR.
Ini lah murid-murid cemerlang bagi tahun 2010 dan tak sabar nak menerima hadiah tuu..TAHNIAH!!!

D' Dewan Lama PPD,K,Selangor...
Taklimat oleh JU Daerah mengenai KSSR B.Arab tahun 1,2011

Saat-saat Keputusan UPSR 2010 sedang di umumkan...
suasana tenang dan didalam hati masing-masing agak takut apabila keputusan BESAR (UPSR) sedang diumumkan...

D' Sekolah Menengah Sains,K.Selangor...
Ceramah pagi tadi oleh Tn Hj Arifin b Mohd Amin(Ketua sektor PI,JPS,Selangor)

Sebenarnya pada hari ini ada 2 slot ceramah yang akan disampaikan iaitu Profesionalisme Guru-guru PI dan Transformasi Keguruan Melalui Neuorolinguistik Programming.Tapi saya dan sahabat-sahabat guru yang lain hanya sempat mendengar slot yang pertama je..sebab kami ber'enjoy' jap di luar..harap maaf ye pihak pengurusan...nak realese tension jap..hehee

sangat suka mendengar penerangan slaid part nii..ada makna rupanya disebalik nombor-nombor ni..

Iklan jap...
nii gambar si Ilham..amboii ilham hang baca apa tuu???heeehee...baca ka atau tengok2 gambar jer..

salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...