Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, November 04, 2010

Jamuan II tahun 6/2010

Alhamdulilah,tiada rasa kesyukuran yang dapat diucapkan pada hari ini.Ia kerana sekali lagi ke semua murid tahun 6 UIA dan 6 USM sesi 2010 telah mengadakan jamuan perpisahan yang telah dihadiri oleh semua warga pendidik dan kakitangan SK IJOK.

Jamuan bermula jam 11.00 pagi---Di kelas 6 UIA DAN 6 USM--Didalamnya di iringi dengan ucapan wakil murid,wakil guru dan ucapan GB--diselangi dengan penyampaian hadiah kepada murid tahun 6 yang menyertai aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan UPSR yang lalu--diakhiri dengan jamuan makan bersama-sama--Alhamdulilah...sedap sungguh hidangan tadi..hehee

Rentetan itu,Terima Kasih ustazah ucapkan atas jemputan tersebut dan rasa sangat kenyang dapat menikmati juadah lazat yang dihadangkan tadi.

Coretan d' Perjalanan Majlis....

Ucapan GB oleh cikgu Norhamshah b Yaakob

Komen ku ; banyak juga nasihat berguna yang telah disampaikan oleh GB.Antaranya teruskan kecemerlangan dan menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri,keluarga,agama dan negara.Dan yang paling penting jangan lupa Menunaikan SOLAT dengan sempurna kerana ia adalah amalan wajib sebagai manusia yang beragama Islam,tak lupa nasihat kepada murid perempuan agar menutup aurat dengan sempurna dan bukan sekadar menutup tetapi tidak sempurna.

Ucapan Wakil guru oleh cikgu Tahrin

komenku: seronok mendengar pengalaman peribadi beliau yang sengaja di ceritakan kepada murid-murid sebagai panduan dan tauladan pada masa hadapan.Beliau mengharapkan agar murid-murid tahun 6 ini dapat meneruskan pembelajaran mereka sehingga lah ke menara gading dan tidak terhenti di sekolah menengah atas sebab disiplin yang negatif.

Ucapan dari wakil murid oleh adik Hafizuddin selaku ketua pengawas SKI

Komen ku : secara peribadi,saya rasa agak terharu la juga apabila mendengar kata-kata akhir dari adik Hafiz..ye lah apa taknya segala isi-isi penyampaian beliau sungguh mengharukan,walaupun kenakalan mereka kadang-kadang membuatkan saya rasa terkecil hati sikit tetapi yelah kan lumrah budak-budak kecik...suka bermain dan banyak sungguh karenahnya...tapi tidak mengapa...ustazah dah pun maafkan kalian semua,tak rasa nak ambik hati pun...

saya bergambar bersama dengan barisan guru-guru SKI di meja utama

komen ku : pada waktu ni,perutku memang dah terasa lapar pun..agaknya sibuk sikit menguruskan buku program untuk hari kecemerlangan pelajar minggu depan dan mengisi laporan analisis peperiksaan akhir tahun ni..aduii..perut dah berbunyi dan kepala dah mula pusing2 hahaa..Ya ALLAH berikan ku kekuatan dan kesihatan selamanya.ameen

Barisan murid lelaki yang kacak-kacak belaka..

Ini pula barisan murid perempuan yang cantik-cantik juga rupanya..amboii..dah besar panjang kalian semua...teringat masa tahun 1/2005 dulu...kecik-kecik semuanya dan amat cute..hehee

bergambar bersama si Nazjihhan yang cute...di depan ku si Ain yang rajin tolong ustazah menyiapkan data dan si Farhana sikecil yang aktif.

Doa ustazah ---- Moga kalian semua anak-anak muridku mendapat keberkatan dan sentiasa dipelihara ALLAH,ameen.
Ustazah sayang kamu semua dan mohon maaf zahir batin sekiranya ada melakukan kesalahan sengaja atau tidak,sesungguhnya keadaan marah dan merotan kalian semua bukanlah dilakukan dengan sengaja tetapi ianya hanyalah untuk mendidik kalian semua menjadi insan bukannya haiwan.

apa laa..yang ada di dalam beg kertas tu..huhuhh (bila saya menulis post ini,tak buka lagi pun beg itu...kejap lagi mungkin lepas Isyak.. hehee)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...