Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, November 26, 2010

Kerja d’ awal cuti persekolahan 2010

Penerangan oleh GPK Pentadbiran,Pn Hasnita bt Hasan mengenai pengurusan sekolah.

------Ke Sekolah:
Sepanjang Minggu ini (22hb-26hb nov) adalah antara minggu pertama cuti persekolahan yang mengkehendaki semua guru SKI datang ke sekolah.

Ia bertujuan mengarahkan semua guru agar dapat membereskan kerja-kerja yang tertangguh dalam hal ehwal tugasan pengkeranian sekolah,contoh : laporan aktiviti tahun 2010 bagi semua panitia,perancangan panitia tahun 2011,penghantaran semua minit mesyuarat sepanjang tahun 2010,laporan bagi aktiviti kokurikulum,laporan aktiviti hal ehwal murid,laporan analisis peperiksaan 2010,kemaskini fail-fail panitia juga buku-buku teks rujukan guru dan sebagainya.

-----Part Panitia PI & j-QAF:
Bagi saya pulak sebagai SU Panitia Pendidikan Islam & j-QAF telah pun selesai melengkapkan ke semua tugasan tersebut dibantu oleh sahabat-sahabat sekerja yang amat memahami kesibukan saya. (Syukran diucapkan kepada ustazah Norizah dan Ustaz Shamsuddin atas bantuan yang dihulurkan).

-----Tugasan cuti sekolah:
Emm..satu hal lagi,rancangan cuti sekolah ni cadangnya ingin membuat laporan pencapaian j-QAF dari tahun 2005-2010,tak tahu la ada mood ke tak,sebab 2, 3 hari ni otak sibuk fikir nak selesaikan item-item yang kena di hantar ke pejabat sekolah.Dah siap semua tu,tapi otak ni macam belum bersedia lagi nak selesaikan satu lagi tugasan dan menghadap semula depan laptop melihat semula analisis-analisis j-QAF yang lalu.oo.ya allah…malasss sungguh rasanyaaaa…hahaaaa….

tambah-tambah la ni cuti sekolah, rasanya nak nikmati dan ber ‘enjoy’ dengan cuti ni dulu bersama keluarga tersayang, saudara mara dan teman-teman lama yang dirindui selalu Harap tak terima call daripada sekolah suruh hadir sebab ada tugasan baru memanggil waktu cuti ni.uhhh..sungguh tak best..hughg….

Sesungguhnya kadang kala tu rasa amat letih gak,nasib baik lah urusan p&p(major utama kerjaku) telah tamat maka kesibukan lain pula mengambil alih.Ampuni saya ya ALLAH,saya manusia biasa yang punyai banyak kelemahan diri,moga ENGKAU selalu memimpinku,ameen.

----Aktiviti tambahan:
Walaubagaimanapun,diantara hari-hari itu terkena la pulak 3 hari bagi kursus dalaman (In House Training) yang pesertanya terdiri daripada semua guru SKI dan ia di bawah penyeliaan saya selaku setiausaha LADAP (LDP).Jadi,perbincangan telah dibuat antara JK LDP maka detil programnya seperti berikut:
22.11.2010 /Isnin --
slot 1 ; Penataran pentaksiran & LINUS 1 -L iterasi (di bawa ke hari jumaat kerana guru yang bertanggungjawab telah pergi menghadiri kursus luar di bawah anjuran PPD,K.Sel)
slot 2 ; KSSR B.M & MATHS
slot 3 ; Pengurusan Sekolah

23.11.2010/Selasa --
slot 4 ; KSSR ENGLISH Year 1
slot 5 ; LINUS (Numerasi thn 2)
slot 6 ; Program NILAM dan Kampus ASTRO bersama sekolah
slot 7 ; KSSR Muzik

Penerangan oleh Cikgu Wan Nor Arif b Wan Mohammad mengenai NUMERASI Tahun 2

Penerangan oleh Cikgu Musallamah bt M.Zahid mengenai KSSR Subjek Muzik

Penerangan oleh Ustazah Rinairyani bt Ahmad mengenai KSSR Bahasa Arab dan Pendidikan Islam tahun 1,2011

26.11.2010/Jumaat --
slot 8 ; KSSR Sains
slot 9 ; KSSR Pendidikan Islam & Bahasa Arab thn 1

Penerangan oleh cikgu Nurul Hamidah bt M.Noor mengenai KSSR Sains (penerangan terakhir tu..huhuhh..sedih..)

Komenku: Alhamdulilah,banyak juga info terkini yang dapat saya kutip daripada penerangan yang telah diberikan oleh cikgu-cikgu yang terbabit dengan semua slot di atas itu.Contohnya,penerangan apa itu KSSR??,Format penulisan RPH,Perubahan waktu bagi subjek dalam program KSSR,Info mengenai PCG kewangan sekolah juga isu-isu keselamatan yang perlu diketahui oleh semua guru untuk di ambil tindakan susulan,maklumat mengenai apa itu NILAM?? Dan juga program ASTRO berasaskan sekolah,belajar mengenal kod-kod muzik dan sebagainya.

(seronok mendengar taklimat cikgu-cikgu,rasa macam masuk ke kuliah semula kat maktab dulu dan belajar,menyoal,bergurau dalam belajar dll la..hahaa..best2 sangat2 best :)

Secara peribadi,dunia pendidikan kini akan berubah dalam pelbagai aspek. contohnya transformasi yang sedang rancak dibualkan dan Sistem KBSM pulak akan di tukar kepada sistem KSSR secara berperingkat-peringkat.Itu belum lagi soal kelulusan guru yang sedang di upgradekan,sistem gaji,dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan ini.Saya harus bersedia menerimanya.

### Dicelah-celah kursus tersebut,GB ada juga memberi sedikit taklimat mengenai
1.isu terkini dalam bidang pendidikan,metodologi dalam p&p
2.kerjasama diperlukan daripada semua guru dalam peningkatan akademik tahun 2011
3.kedudukan prestasi UPSR 2010 SKI dalam daerah berdasarkan GPS berada di no 10
4.program transformasi sekolah seperti bacaan yaasiin setiap hari jumaat,program NILAM dilaksanakan di kantin dan di tapak perhimpunan dll
5.In house training mungkin akan diadakan lagi bagi memaklumkan kepada semua guru mengenai perkara-perkara baru yang perlu diketahui oleh guru contohnya peranan guru prasekolah kini,guru pembimbing dan guru pemulihan.
6.makluman mengenai tarikh-tarikh penting akhir persekolahan 2010 yang harus diketahui oleh guru iaitu 27hb dec 2010 - 1hb jan 2011 untuk diambil tindakan.
7.guru kena upgradekan pengetahuan tentang ICT
8.dan paling sedih perpindahan 2 org guru SKI ke sekolah baru.Mereka adalah cikgu Nurul Hamidah bt M.Noor dan cikgu Musallamah bt M.Zahid.(TERIMA KASIH cikgu Midah dan Cikgu Mimi atas jasa-jasa yang telah diberikan di SKI ini.Moga kalian mendapat ganjaran dan balasannya dari Allah taala,ameen)

emm..lepas ni kena balik rumah sendiri laa tak leh tumpang rumah midah bila nak mandi masa ada kem tahun depan..hahaa..aduiii..apa2pun TQ ya MID...)

ya Allah..rasa sangat banyak perubahan yang harus dilalui.Moga saya dapat menerimanya demi pendidikan malaysia yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Guru Pemangkin 1 MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...