Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, November 30, 2010

KRIS 2010 Part 1

Realitinya pada tahun 2010 ini banyak program-program telah diadakan oleh Sekolah.Ianya bermula pada bulan Januari sehingga lah bulan November 2010.Acapkali di dalam tentatifnya terkandung memori manis dan pahit.Walaupun begitu,sebanyak mana pun pahitnya, saya memandangnya sebagai ibrah yang boleh ditambah baik pada masa hadapan.Insya-Allah.

Namun di kala ini saya hanya ingin menitipkan beberapa memori indah program KRIS 2010 yang telah dijalankan pada beberapa bulan yang lepas. Seperti dijanjikan oleh saya,maka ditunaikan kan lah hajat ingin memaparkan sebahagian foto bahagia Kem Remaja Islam yang lalu.

Hari PERTAMA KRIS
sesi taklimat kem..agak kepenatan saya sikit waktu tu,nasib baik lah cikgu Rosnah ada dan sudi membantu masa itu.. Tak lepas tangan dan mulut sebab budak-budak agak teruja benor bila dah sampai kat resort ni.uhhh..

waktu senam petang di ambilalih oleh fasi-fasi UIA..

pembahagiaan kumpulan..emm..tunjuk sapa tu kak aishah ???

berakhir sudah slot 1 iaitu ceramah oleh En Mohar pasal remaja.harap-harap faham la isi ceramah yang disampaikan tu..en Mohar sedang dalam mengemas semula peralatan beliau dibantu oleh fasis lelaki..sapa ya??

slot 2 iaitu SIAPA SAYA?? Pula dikendalikan oleh fasis UIA..murid-murid sedang menyiapkan tugasan yang diberi bersama kumpulan.(sory..terlepas pandang pulak foto part nii..x de ..hahaa)

kalau tak silap ni part nyanyian lagu anak soleh by UNIC ..nyanyian penuh semangat oleh peserta-peserta kem..maklumlah malam pertama..hahaa

Komenku: Alhamdulilah.berjalan lancar diawal kem.Kedatangan fasis UIA agak meringankan juga peranan saya selaku ketua kem ini.Pada awalnya kelihatan fasis ni agak penat di raut wajah mereka mungkin letih di perjalanan dan kesibukan di kampus. Namun begitu mereka dapat juga menjayakan aturcara kem hari pertama dengan baik,TERIMA KASIH YA…

Begitu juga la saya,apa taknya pada pagi harinya tu sibuk dengan p&p di kelas dan membuat kerja-kerja tambahan dalam pengurusan KRIS, sehinggalah di sebelah petang nya pula terlibat sebagai ketua komandan kem.Uhh..berat juga tanggungjawab tu..

Walaupun begitu,saya rasa seronok juga sebab dapat belajar dalam pelbagai perkara disamping ukhuwah dapat dieratkan sesama guru dan juga pelajar-pelajar UIA.

Saya berhenti dulu..nak buka puasa ganti ni..

Bersambung….;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...