Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, November 09, 2010

Sebelum Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

Hahaaa..inilah backdrop untuk esoknya,simple dan ringkas tapi menarik.hehee.caya lah Cikgu Rosnah & d' Geng..

Alhamdulilah,Hari ini selesai sudah persiapan yang terdahulu bagi meraikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen Prasekolah tahun 2010.Program ini akan diadakan pada:
Hari : Rabu
Tarikh; 10hb Nov 2010
Tempat: Kantin SK Ijok
Perasmi ; Tn Hj Mohamad Afandy b Hj Mohd Dahlan (YDP PIBG SKI)

Uhhh...letih den dan AJK pelaksana yang lain-lain tu...biasala kan sekolah kecil maka JK nya terpaksa dilakukan oleh muka-muka yang sama,contohnya den la..hahaa...

Agenda minggu ini ialah;
----edaran surat penerima hadiah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah pada hari Rabu ini.
----edaran surat merehatkan murid yang tidak menerima hadiah bagi melicinkan lagi perjalanan majlis
----latihan bagi acara persembahan murid prasekolah dan persembahan yang lain seperti Alunan kompang,Tarian,Sajak,Boria dll
----persiapan membuat hiasan bagi pentas utama oleh JK yang dilantik
----edaran surat panggilan kepada VIP jemputan
----memeriksa buku rekod pelaksanaan Buku SOLAT murid
----yang paling letiih membuat buku program Hari Anugerah 2010...hohohh
Persiapan penuh rapi oleh JK siaraya dan JK Pengacara majlis bagi memastikan kelancaran acara esoknya.
Huhuuh,pening2 JK Pengurusan hadiah..apa taknya esok banyak hadiah yang perlu diberikan kepada murid-murid SKI yang cemerlang.
Ini lah aksi guru dan murid-murid dalam menyiapkan pentas utama anugerah

TAMBAHAN antara kerja-kerja lain yang saya curi-curi waktunya untuk disiapkan ialah:
-merangka Perancangan panitia tahun 2011
-membuat analisis peperiksaan subjek PI,JAWI dan Bahasa Arab, akhir tahun 2010

saya bersama JK lain dalam menyiapkan buku program Hari Anugerah 2010.

TAPI paling tak bestnya...telah datang surat panggilan dari PPD untuk taklimat Pelaksanaan KSSR 2011 bagi subjek Bahasa Arab untuk guru yang mengajar tahun 1 & 4 pada hari yang sama Majlis Anugerah diadakan di peringkat sekolah.So dengan rasa berat juga hendak kesana...geram gak....kita dah la ada program penting di sekolah terpaksa ditinggalkan sekejap esok...

Apapun Semoga esok adalah hari bahagia kepada semua murid cemerlang SKI dan moga Allah memberikan kelancaran aturcara nya.

Kita merancang dan Allah lah sebaik-baik perancangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...