Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Disember 27, 2010

Tentatif Persediaan Persekolahan 2011

Taklimat agenda minggu permulaan persekolahan 2011 di kantin SKI

Assalamualaikum & Salam Pembuka Persekolahan 2011

Hari ini bermulanya sesi persiapan persekolahan 2011.Pagi tadi telah pun diedarkan jadual perjalanan program persediaan persekolahan kepada semua guru SKI dan detilnya seperti berikut:

27hb dec 2010 - Gotong royong membersihkan kelas (Senarai nama guru dan kelas telah diberi)
28hb dec 2010 - Gotong royong membersihkan bilik-bilik Khas
29hb dec 2010 - Penyerahan buku-buku rampaian dan yang berkaitan dengan nya
30hb dec 2010 - Mesyuarat GURU bil 1
1hb Jan 2011 - Program TRANSISI Tahun 1/2011 dan pembayaran Yuran Persekolahan 2011

huhhu...rajin sungguh cikgu Rohani!! sapu cikgu jangan tak sapu,hehee

cikgu Tahrin padam papan putih tu betul2 ya dan us Din sapu sampah tu,kang kena komen pulak..hahaaa

Hari ini juga kami telah diberitahu kedatangan 3 orang guru baru bagi menggantikan guru-guru SKI yang telah berpindah dan salah seorang daripadanya adalah guru j-qaf (Alhamdulilah di hati saya). Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang cikgu-cikgu baru semua ke SKI.

emm..cikgu Rahimah dan cikgu Aida nak tanya tu angkat meja nak hantar di mana ya??? cikgu-cikgu nak pindah kaa???hehee

Ustazah Ain larat ka sapu tuuuu???nasib baik tu haa si Nurul ada bole bantu kan..kan..hehee

---Selamat bertugas semula buat warga pendidik SKI!!!---

*************************************************************************************
Ingin disisipkan disini beberapa foto percutian bersama sebahgian keluarga tersayang di Hutan Lipur Kanching,Selangor pada beberapa hari yang lalu...

Bergambar sebelum masuk ke hutan Lipur...ohhh..seronoknya...

Foto emak tersayang ku..moga ALLAH berikan emak kesabaran dalam melayan karenah anak-anak nya..i love u MAK!!!!

si kecil Ilham bersama kak uda,abang anjang dan abahnya...huhuhh..sejuk nya air tuuu..hehee


Foto adik ku..sapa lagi si ANA laaaaa..heheee

bergambar bersama dengan adik sayang...

Semoga Rahmat ALLAH akan sentiasa mendampingi ku dan keluarga juga berkekalan lah hendaknya nikmat kesejahteraan hati,kasih sayang,kemurahan rezeki,ketenangan dan keberkatan hidup dariNYA.Ameen

Selasa, Disember 21, 2010

Pra persediaan Sekolah 2011

Alhamdulilah..

Tiada rasa kesyukuran dapat saya zahirkan atas nikmat cuti yang diberikan olehNYA buat semua warga pendidik di Malaysia ini.Selawat dan salam keatas junjungan Rasulul Amin dan para sahabat baginda yang dimuliakan Allah.

Minggu ini adalah minggu terakhir cuti buat diri sendiri.Ini kerana bermula minggu hadapan iaitu pada 27hb sehingga ke seterusnya adalah pra persiapan persekolahan yang perlu dilakukan oleh semua guru SKI.Jadual aktivitinya belum diterima lagi tetapi yang pasti agenda nya telah pun ada dan diuruskan oleh pihak pentadbir sekolah, umum mengetahui bermula 3hb Jan 2011 bermula lah sesi persekolahan bagi negeri Selangor.

Dikala ini saya sekadar ingin melahirkan rasa kesyukuran pada Tuhanku yang satu kerana kelapangan waktu yang telah diberikanNYA kepada saya.Sesungguhnya saya merasa sangat tenang dan banyak juga pengisian yang telah dibuat di rumah bersama keluarga dan saudara mara yang sangat di sayangi.

Tetapi yang paling best di buat sewaktu cuti ialah proses pembacaan buku-buku yang tertangguh dapat dihabiskan dan saya telah menjadi seorang pendengar yang setia mendengar celotih warna pagi oleh dj-dj IKIM.FM.

Oo Allah,rasa sungguh bahagia dan termotivasi dalam diri ini apabila banyak sekali info dan pengetahuan sihat yang dapat di ambil dari saluran radio Islam itu.Kadang-kadang tu terfikir juga apabila kerja saya telah bermula berkemungkinan untuk mendengar rancangan-rancangan IKIM.FM mungkin tidak sekerap lagi..uhhh.amat sedih..

Walau bagaimanapun,Terima Kasih ya Allah,atas nikmat kelapangan dan kesihatan yang ENGKAU berikan pada ku,semoga berkekalan lah nikmat-nikmat tersebut dalam iman yang utuh hanya padaMU.

Tetapi yang pasti pada 1hb Jan 2011 adalah program Transisi Tahun SATU dan pembayaran Yuran Persekolahan.Saya seperti biasalah telah diberi tugas sebagai Jurufoto bagi program tersebut..(Cikgu Huda...bole beri jawatan lain tak???hehehe..tahun baru kan? Ingat nak cuba jawatan yang lain...;)

Akhir kalam,Peringatan bersama :

--Buat warga pendidik SKI yang dihormati,jangan lupa ya..hadir ke sekolah pada minggu hadapan,Insya-Allah,moga tahun 2011 ini semangat mencurah kan ilmu dan mendidik anak bangsa kita dapat dicurahkan seikhlasnya dan keakraban ukhuwah dapat dieratkan bersama.

--Buat murid-murid SKI,hadir ke sekolah pada 3hb Jan ini dengan semangat baru untuk menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak tinggi.Harapan ustazah sangat tinggi pada kalian semua ingin melihat perubahan baik dalam diri kalian pada tahun 2011 ini.

--Buat sahabat-sahabatku satu j-QAF seMalaysia,hahaa...teruskan perjuangan kearah j-QAF tanpa Gagal,Insya-allah.Kalian lah semangat ku bagi meneruskan perjuangan yang tiada habisnya.Semoga ALLAH rahmati kalian di mana jua kalian berada....

Iklan sekejap............
Seronok melihat sikecil ni datang tidor di rumah enciknya...huhhh riuh betul suasana rumah dibuatnya..dan tatkala malam tiba.hahaaa..sunyi sepi sebab tukang riuh dah keletihan aktif disiang hari....hahaaa..ilham..ilham...sungguh comel mu ...;)

Ahad, Disember 05, 2010

KRIS/2010 Part 2

gambar saya terakhir bersama fasis UIA

ALhamdulilah…

terasa hampir sihat semula.. setelah 3 hari berlalu demam ku yang agak teruk..ni pasal daya tahan badan tak kuat,so mudah benar virus2 luar masuk sehingga doktor memberi suntikan antibiotik agar saya tidak di masukkan wad atas sebab tekak dalaman saya dah bernanah..uhh…patut lah terasa leher saya ni macam dah bengkak..tuhan je yang tahu bagaimana 3 hari yang ku lalui itu..sungguh menyeksakan dan menyakitkan..Apapun, terima kasih YA ALLAH,moga ia nya penghapus dosa-dosa ku pada MU dan sebagai tanda ENGKAU Sayang padaKU.

Jadi,diteruskan sambungan foto bahagia KRIS 2010:---

Hari KEDUA KRIS

senaman pagi…hah.. Safwan dan Raudhul buat betul2 ya…ikut jangan tak ikut…
emm.. part ni seiring dgn senam pagi iaitu penyusunan semula gambar dengan betul dalam kumpulan..bersungguh-sungguh peserta kem menyusunnya..caiyo laa…hahaa
---------------------------------------------------------------------------
hebat juga abang fasi ni ..pandai main gitar rupanya.. mari berenang bersama-sama.hahaaa.. penerangan mengenai fadhilat solat dhuha penerangan oleh kakak fasi mengenai mandi wajib cepat dik oiii...cari gambar nya...
--------------------------------------------------------------------------------------Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada semua fasis UIA Bacaan Doa Penutupan Program oleh fasi UIA Alhamdulilah,,selera sungguh fasis menikmati juadah menyelerakan itu.. mulakan sesuatu dengan bacaan doa..menjadi berkat hendaknya.. sungguh selera peserta kem menikmati makan pagi..Alhamdulilah
-------------------------------------------------------------
Taklimat gotong royong oleh Us Shamsuddin kepada semua peserta kem Penerangan oleh us Shamsuddin mengenai slot Fardhu Ain dan Al-quran Penerangan oleh Ustazah RinaIryani mengenai slot Jawi uhh...seronok betul murid bersama guru bersantai d' kolam renang..hehee kalau tak silap ni part slot kebudayaan..asyik tu melihat persembahan murid-murid SKI yang ada bakat rupanya..ohhh..
------- ------- ------------ --------------- --------------- ---------
Semoga kita berjumpa lagi pada KRIS yang seterusnya..Insya-ALLAH.

Segala yang amat baik itu datangnya dari ALLAH dan segala kelemahan yang ada datangnya dari pihak KAMI,justeru mohon seribu kemaafan dipinta...Dan

SALAM MAAL HIJRAH 1432H..KE ARAH INSAN YANG MENCARI REDHANYA SAHAJA..

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...