Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Disember 21, 2010

Pra persediaan Sekolah 2011

Alhamdulilah..

Tiada rasa kesyukuran dapat saya zahirkan atas nikmat cuti yang diberikan olehNYA buat semua warga pendidik di Malaysia ini.Selawat dan salam keatas junjungan Rasulul Amin dan para sahabat baginda yang dimuliakan Allah.

Minggu ini adalah minggu terakhir cuti buat diri sendiri.Ini kerana bermula minggu hadapan iaitu pada 27hb sehingga ke seterusnya adalah pra persiapan persekolahan yang perlu dilakukan oleh semua guru SKI.Jadual aktivitinya belum diterima lagi tetapi yang pasti agenda nya telah pun ada dan diuruskan oleh pihak pentadbir sekolah, umum mengetahui bermula 3hb Jan 2011 bermula lah sesi persekolahan bagi negeri Selangor.

Dikala ini saya sekadar ingin melahirkan rasa kesyukuran pada Tuhanku yang satu kerana kelapangan waktu yang telah diberikanNYA kepada saya.Sesungguhnya saya merasa sangat tenang dan banyak juga pengisian yang telah dibuat di rumah bersama keluarga dan saudara mara yang sangat di sayangi.

Tetapi yang paling best di buat sewaktu cuti ialah proses pembacaan buku-buku yang tertangguh dapat dihabiskan dan saya telah menjadi seorang pendengar yang setia mendengar celotih warna pagi oleh dj-dj IKIM.FM.

Oo Allah,rasa sungguh bahagia dan termotivasi dalam diri ini apabila banyak sekali info dan pengetahuan sihat yang dapat di ambil dari saluran radio Islam itu.Kadang-kadang tu terfikir juga apabila kerja saya telah bermula berkemungkinan untuk mendengar rancangan-rancangan IKIM.FM mungkin tidak sekerap lagi..uhhh.amat sedih..

Walau bagaimanapun,Terima Kasih ya Allah,atas nikmat kelapangan dan kesihatan yang ENGKAU berikan pada ku,semoga berkekalan lah nikmat-nikmat tersebut dalam iman yang utuh hanya padaMU.

Tetapi yang pasti pada 1hb Jan 2011 adalah program Transisi Tahun SATU dan pembayaran Yuran Persekolahan.Saya seperti biasalah telah diberi tugas sebagai Jurufoto bagi program tersebut..(Cikgu Huda...bole beri jawatan lain tak???hehehe..tahun baru kan? Ingat nak cuba jawatan yang lain...;)

Akhir kalam,Peringatan bersama :

--Buat warga pendidik SKI yang dihormati,jangan lupa ya..hadir ke sekolah pada minggu hadapan,Insya-Allah,moga tahun 2011 ini semangat mencurah kan ilmu dan mendidik anak bangsa kita dapat dicurahkan seikhlasnya dan keakraban ukhuwah dapat dieratkan bersama.

--Buat murid-murid SKI,hadir ke sekolah pada 3hb Jan ini dengan semangat baru untuk menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak tinggi.Harapan ustazah sangat tinggi pada kalian semua ingin melihat perubahan baik dalam diri kalian pada tahun 2011 ini.

--Buat sahabat-sahabatku satu j-QAF seMalaysia,hahaa...teruskan perjuangan kearah j-QAF tanpa Gagal,Insya-allah.Kalian lah semangat ku bagi meneruskan perjuangan yang tiada habisnya.Semoga ALLAH rahmati kalian di mana jua kalian berada....

Iklan sekejap............
Seronok melihat sikecil ni datang tidor di rumah enciknya...huhhh riuh betul suasana rumah dibuatnya..dan tatkala malam tiba.hahaaa..sunyi sepi sebab tukang riuh dah keletihan aktif disiang hari....hahaaa..ilham..ilham...sungguh comel mu ...;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...