Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Disember 27, 2010

Tentatif Persediaan Persekolahan 2011

Taklimat agenda minggu permulaan persekolahan 2011 di kantin SKI

Assalamualaikum & Salam Pembuka Persekolahan 2011

Hari ini bermulanya sesi persiapan persekolahan 2011.Pagi tadi telah pun diedarkan jadual perjalanan program persediaan persekolahan kepada semua guru SKI dan detilnya seperti berikut:

27hb dec 2010 - Gotong royong membersihkan kelas (Senarai nama guru dan kelas telah diberi)
28hb dec 2010 - Gotong royong membersihkan bilik-bilik Khas
29hb dec 2010 - Penyerahan buku-buku rampaian dan yang berkaitan dengan nya
30hb dec 2010 - Mesyuarat GURU bil 1
1hb Jan 2011 - Program TRANSISI Tahun 1/2011 dan pembayaran Yuran Persekolahan 2011

huhhu...rajin sungguh cikgu Rohani!! sapu cikgu jangan tak sapu,hehee

cikgu Tahrin padam papan putih tu betul2 ya dan us Din sapu sampah tu,kang kena komen pulak..hahaaa

Hari ini juga kami telah diberitahu kedatangan 3 orang guru baru bagi menggantikan guru-guru SKI yang telah berpindah dan salah seorang daripadanya adalah guru j-qaf (Alhamdulilah di hati saya). Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang cikgu-cikgu baru semua ke SKI.

emm..cikgu Rahimah dan cikgu Aida nak tanya tu angkat meja nak hantar di mana ya??? cikgu-cikgu nak pindah kaa???hehee

Ustazah Ain larat ka sapu tuuuu???nasib baik tu haa si Nurul ada bole bantu kan..kan..hehee

---Selamat bertugas semula buat warga pendidik SKI!!!---

*************************************************************************************
Ingin disisipkan disini beberapa foto percutian bersama sebahgian keluarga tersayang di Hutan Lipur Kanching,Selangor pada beberapa hari yang lalu...

Bergambar sebelum masuk ke hutan Lipur...ohhh..seronoknya...

Foto emak tersayang ku..moga ALLAH berikan emak kesabaran dalam melayan karenah anak-anak nya..i love u MAK!!!!

si kecil Ilham bersama kak uda,abang anjang dan abahnya...huhuhh..sejuk nya air tuuu..hehee


Foto adik ku..sapa lagi si ANA laaaaa..heheee

bergambar bersama dengan adik sayang...

Semoga Rahmat ALLAH akan sentiasa mendampingi ku dan keluarga juga berkekalan lah hendaknya nikmat kesejahteraan hati,kasih sayang,kemurahan rezeki,ketenangan dan keberkatan hidup dariNYA.Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...