Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Januari 28, 2011

wira merentas DESA 2011

Inilah dia juara kampung IJOK dalam acara merentas desa,TAHNIAH!!

Assalamualaikum

Alhamdulilah,hari ini Jumaat (28hb jan 2011) telah pun berlangsung kejohanan merentas desa peringkat sekolah setelah hampir 2 hari Rabu berturut-turut latihan telah dijalankan.

Acara hari ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
1-Murid tahap satu -menonton tayangan di kantin sekolah (filem Magika)
2-Murid tahap dua - berlari dalam acara merentas desa dan pemenang diberi markah melalui rumah-rumah sukan mereka

Murid-murid tahap satu sedang melihat tayangan filem 'MAGIKA'

Sekalung TAHNIAH pada semua wira SKI yang telah berjaya berlari pantas mengelilingi kampung Ijok,,,hehee...Tahniah ya...

Sejenak-----p&p pada minggu ini semakin rancak meneruskan strategik penambahbaikan dalam segala aspek.Walaupun sedikit pusing dengan kerja-kerja tambahan lain.(ku teruskan jugaaa)

Bagi pembelajaran bahasa Arab yang dapat saya rumuskan berjalan baik bagi tahun 6(belajar jumlah fe'liah),tahun 5 (belajar kedudukan masa),tahun 4 (belajar bulan-bulan milaadiah) dan tahun 1 (belajar huruf hijaaiIYah)

Bagi pembelajaran Al-Quran dan Ulum Shariah juga berjalan lancar..Program Tasmik pula akan bermula pada minggu hadapan mengikut kelas-kelas yang telah ditentukan.

Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang kan dapat berjalan lancar dibawah rahmatNYA dan Semoga Allah memberikan ku Kesihatan yang sempurna bagi ku teruskan perjuangan yang belum selesai ini.Ameen

Sabtu, Januari 22, 2011

Majlis Kecemerlangan UPSR Bersama Ibubapa

GB sedang memberikan taklimat penting kepada ibu bapa murid tahun 6 di kantin SKI

Assalamualaikum

Ketika saya menulis catatan ini saya sedang menunggu waktu solat Asar.

Mulanya ingin mencatat catatan ini selepas solat Maghrib tapi entah apa la pula ada mood rajinnya untuk menaip post ini walaupun sedari pagi tadi saya tak henti menaip beberapa minit mesyuarat :Panitia Agama Islam,j-QAF,Bahasa Arab dan laporan Perbincangan JK Tahun 6 serta menyediakan keperluan item LADAP untuk teman sekerja kerana pada tahun ini beliau telah mengambil alih tugas saya.

(mungkin kerana malam semalamnya telah mendapat pendorong semangat dari Kak Hali (UIA) melalui chating dengannya.hehee..TQ kak saya sangat bertuah dapat bersahabat dengan akak dan insya allah ada kesempatan saya akan melawat akak di sana..)

Berbalik pada tujuan asal catatan ini ingin melaporkan aktiviti awal tahun 6/2011.Ia seperti berikut:

HARI/TARIKH:SABTU/22.1.2011
TEMPAT:KANTIN SK IJOK, BESTARI JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
ANJURAN :UNIT KURIKULUM,SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

Dan ini pula barisan Pentadbir,YDP PIBG Serta sebahgian guru-guru tahun 6 di atas pentas utama menunggu giliran untuk berucap

Dan ATURCARA PROGRAM seperti berikut:

8.30pagi-9.00pagi :
-Pendaftaran
-Bacaan Doa
-Ucapan YDP PIBG SKI (Tn Haji Mohamad Afandy b Hj Dahalan)
-Ucapan Guru Besar SKI(En Norhamshah b Yaacob)
-Ucapan guru Tahun 6 :
B.Melayu—En Mazlan b Imam
B.Inggeris-Pn Hjh Harlina bt Ghazali
Matematik—Pn Hjh Shamsatul Akmar bt Jaafar
Sains– Pn Rosnah bt Abdullah

-Sidang Pleno (sesi soal jawab)

12.00 tengahari:
-Jamuan
-Bersurai

Ini lah dia barisan ibubapa yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan anak-anak mereka dalam UPSR tahun 2011 ini

Alhamdulilah,pada tahun ini Sekolah telah menyusun beberapa rancangan bagi menaikkan semula pencapaian keputusan UPSR tahun 2011 iaitu :

Majlis Kecemerlangan UPSR bersama Ibubapa - Kelas Intensif Tahun 6 - English Grammar Workshop - Program Mentor Mantee - Motivasi - Melanggan Surat Khabar DIDIK - Motivasi pagi berkala - Teknik menjawab soalan UPSR - Bacaan Yaasiin/Solat Hajat
- Ujian Bulanan/Peperiksaan - Gerak Gempur - Set soalan negeri Lain - DIDIK - Papan Buletin - Aktiviti selepas UPSR - Kelas Intensif Cemerlang/Halus - Anugerah terbilang:Anugerah bintang cemerlang,Anugerah Gemilang:Anugerah Dinamik,Gemilang
Anugerah Harapan,Idaman & Jauhari ,Anugerah Cemerlang:Munshi,Pintar,Terbilang - Lawatan- Kem Remaja Islam - Majlis Graduasi- Jamuan Akhir Tahun -Motivasi Ibu bapa

Sesungguhnya perancangan di atas akan berjalan dari awal bulan Jan-Nov 2011.

Bagi saya perancangan di atas amat berat tugasnya.Ia memerlukan kerjasama erat antara semua guru dan ibu bapa serta murid tahun 6 itu sendiri.Walaupun begitu,saya yakin kiranya kita telah berusaha semampu kita maka di akhirnya kita serahkan lah kepadaNYA.

Pencatat setia yang jelita: Cikgu Lisa dan Ustazah Norizah sedang bertugas sebagai pencatat majlis di belakang pentas utama..emm..cikgu2 catat jangan tak catat haaa

Apapun,semoga perancangan yang telah dibuat ini dapat berjalan selancarnya dan mendapat keberkatan dariNYA.Selamat berjuang ya kepada semua guru tahun 6..yeah kita BOLEH!!!!InsyaAllah.
(Ingatan bersama,our target--- 20 orang murid tahun ini akan mendapat 5A.Insya allah.Ameen)

rite,saya berhenti dulu ..solat asar jap..

Jumaat, Januari 21, 2011

Bermula lagi...

Solat Hajat dan bacaan Yaasiin pada minggu kedua persekolahan

Salam semua

Alhamdulilah dan selawat ke atas Rasulul amin,nabi terakhir utusan Allah yang membawa rahmat untuk umat manusia.

Ini adalah kelas tahun 3UITM,kelihatan khusuk membaca Al-quran dibawah bimbingan guru dalam kaedah talaqqi dan mushafahah.

Bersyukur saya padaNYA kerana masih di berikan nafas lagi walaupun sebenarnya diri ini tidak berapa sihat agak lemah benar tekak ini dan kepala pula agak berat semacam ada satu beban yang ditanggung..oo Allah.
Walau pun begitu,tetap juga diteruskan hidup ini kerana banyak tanggungjawab yang harus ku tuntaskan.Moga Allah memberikan ku kesihatan yang sempurna.

Hari-hari persekolahan yang mengharu-birukan kepalaku:
-- dengan perjalanan jadual waktu p&p yang bertukar-tukar masanya,
-- mesyuarat yang dihadiri semacam tak de respon daripada semua ahli dan agak lama perjalanan masanya,
--jadual Tasmik yang tidak sempurna perjalanannya kerana pada tahun ini tak semua kelas terlibat disebabkan tiada permuafakatan daripada pihak pentadbir,
--Program KBS Siri 1 pula terpaksa ditangguhkan pada bulan Mac kerana bulan yang sepatutnya dibuat telah diambil alih oleh program lain sekolah
--banyak benar urusan pentadbiran sekolah yang terpaksa di buat sampai kekadang tu tercungap-cungap mengejar untuk masuk ke kelas.(kesian murid-murid ku..maaf kan ustazah yaaa)
-- sakit kepala dengan karenah @#$%%^^ yang sangat @@#$$% dan suka beri tugas 'last minute'..ya Allah...geram sungguh saya di buatnya sebab saya tak boleh nak fokus terus dalam p&p di kelas.
-- tak dapat nak tolong sahabatku dalam menjadi penjaminnya..(maaf k.Mira,betul-betul tak dapat nak bantu)

DOAKU yang Kerdil ini:--
Ya,Allah,Ampuni daku,Berikan ku Kesabaran dan selalulah dampingiku agar tidak jauh dariMU,Redhamu keharapkan.Ameen

Emm..aktiviti lain yang berlaku sepanjang minggu ini :Latihan Merentas Desa
Penerangan penting buat murid-murid tahap 2 sebelum ke acara merentas desa
------------------------------------------------------------------------------------
Dikesempatan ini, saya nak say: SYUKRAN JAZILAN kat ustaz Azman_Hakimi atas pujian-pujian raihan tu..hoho..ustaz saya ni biasa2 jer org nya..jalankan kerja kerana NYA.cuma kekadang tu tumbang juga...dan pasal MTQ tu belum lagi laa ustaz sebab sibuk betul bulan januari ni..Insya Allah awal bulan Februari ni baru saya nak fokus sikit pasal MTQ.mana-mana info Pend. Islam ,j-QAF @ Bahasa Arab yang saya boleh bantu sebarkan, Insya Allah, saya bantu ustaz.hehee.Terima Kasih again Ustaz!!

Dan yang terakhir ni,hahaa...subhanAllah...comelnya dia...
Ini adalah AUNI Comel..apa lah yg dipandang nya tuuu..huhuhh

Rabu, Januari 12, 2011

Muat turun lagi..

Salam sahabat-sahabat j-QAF yang ku kenali...

Berita dunia pendidikan hari ini sangat hangat dengan Kurikulum StandarD Sekolah Rendah (KSSR) tahun 1/2011.Uhh...kadang-kadang tu pening juga di buatnya kerana setiap hari ada sahaja bahan-bahan terbaru yang keluar di internet dan memerlukan para guru sentiasa 'alert' jika tidak pasti akan ketinggalan..

Bak kata kawan saya ni Us Nazri:
"Segala bahan dokumen P&P yang berkaitan Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF hendaklah dimuat turun dari masa ke semasa dari laman web BPK iaitu: www.moe.gov.my/bpk/
Ini termasuklah dokumen baru seperti Pemulihan Jawi Tahun 1 KSSR dan PKSR Bahasa Arab Tahun 1 KSSR 2011"

Manakala : Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR boleh dimuat turun di:
http://spimelaka.bpi.edu.my/

tak ketinggalan juga Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Bahasa Arab Tahun 1 KSSR dan Tahun 4 KBSR (baru) pula boleh dimuat turun di:
http://lujnahbans.blogspot.com/

Apa-pun website : www.moe.gov.my/bpk/ ---sangatlah penting untuk dilihat selalu dan di terokai melihat perkembangan terbaru mengenai pendidikan.

jadi,moh sahabat-sahabat ku kita muat turun yaaaa...

selamat bermuat turun!!!!

Ahad, Januari 09, 2011

Maal Hijrah 1432H Peringkat Sekolah

Ustaz Shamsudin mengetuai bacaan Yaasiin pada pagi itu..(saya sempat juga membacanya bersama-sama kerana tugas pada masa yang sama sebagai jurufoto,maka berlari-lari juga lah menangkap seberapa banyak gambar yang boleh..)

Assalamualaikum

Hari Jumaat bertarikh 7hb Januari/2 Safar 1432H telah pun berlangsung program pertama Panitia Pendidikan Islam & Moral iaitu Program Maal Hijrah 1432H.Program tersebut telah diiringi juga program Bacaan Yaasiin yang telah diwartakan sebagai program wajib di dalam takwim sekolah bagi sesi 2011 oleh pentadbir.

Justeru,Aturcara program telah disusun seperti dibawah:
7.30 pagi-Perhimpunan Pagi
8.00 pagi-Bacaan Yaasiin berjamaah diketuai oleh Us.Shamsudin B Che Hussin di tapak Perhimpunan
8.30 pagi-Ucapan aluan Pengacara Program,Bacaan Doa:Ustaz Mohd Yusof b Lazim,Ucapan Ketua Panitia Pend. Islam SKI & Moral:(Ustazah Hjh Norizah bt Sulaiman)dan Ucapan Guru Besar:Encik Norhamshah b Yaacob)
9.30 pagi-Penerangan ringkas : Apa itu Maal Hijrah?? Dan Peristiwa besar yang berlaku pada bulan Hijrah, oleh Ustaz Mohd Yusof b Lazim
10.00pagi-Rehat tahap 1 (Jamuan bubur lambok di kantin SKI)
10.20pagi-Rehat tahap 2 (Jamuan bubur lambok di kantin SKI)
10.50pagi-Bersurai & Murid-murid masuk ke kelas untuk P&P seterusnya.

Barisan guru perempuan sedang membaca Yaasiin

Walaubagaimanapun,kita hanya mentadbir tetapi Allah yang mentakdirkannya,pada hari itu telah turun hujan pagi sewaktu berakhirnya bacaan Surah Yaasiin dan Alhamdulilah sempat juga diteruskan sehingga bacaan doa di alunkan ke akhirnya dan program tetap diteruskan juga melalui 'PLAN B ' yang telah pun dirancang iaitu diteruskan ceramah ringkas melalui penggunaan interkom sekolah.

Ustaz Yusof sedang menyampaikan ceramahnya di Bilik Interkom sekolah

Khusuk murid-murid SKI membaca Yaasiin di hadapan Dataran Ilmu

Sesungguhnya,saya seperti telah pun menjangkakannya iaitu pengamatan murid agak kurang untuk mendengar ceramah yang mereka dengar melalui interkom kerana konsentrasi mereka hanya pada pendengaran dan tidak pada penglihatan,Jadi kelihatan tidak semua murid yang fokus pada tajuk yang disampaikan.

Pun begitu,program dapat diteruskan sehingga keaakhirnya iaitu jamuan bubur lambok buat semua warga sekolah.(Alhamdulilah,sedap juga bubur itu sehingga saya diberikan 2 bekas bubur lambok oleh KP untuk dibawa balik ke rumah..heheee )

murid-murid sibuk menikmati juadah bubur lambok di kantin..emm..sedapnya

Penutup kata SYUKRAN kepada yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..:)

***Takwim sekolah pada 19hb,26hb - latihan merentas desa dan 28hb pula kejohanan merentas desa..
(((Emm...program j-QAF 2011 pula masih dalam perancangan saya di dalam laptop dan tertangguh-tangguh rancangannya kerana sibuk dek tugas pentadbiran lain,tambah-tambah dengan kedatangan KSSR dan lain-lain hal,uh...)))

Rabu, Januari 05, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Ucapan penting daripada GB di tapak perhimpunan sekolah

Alhamdulilah

Suasana hari pertama persekolahan yang berjalan lancar dan memenatkan.Tarikh keramat 03 hb Januari 2011 (Isnin)yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Ijok menyaksikan kehadiran semula 35 orang guru dan 521 orang murid juga tetamu undangan yang agak ramai iaitu Ibu bapa murid tahun satu.Kelihatan Riak muka bahagia ibu bapa/penjaga melihat telatah lucu anak-anak mereka datang buat kali pertamanya ke sekolah.

Sesungguhnya saya bersyukur kehadrat Ilahi atas nikmat kesihatan yang diberikanNYA,maka dapatlah saya meneruskan semula tugas selepas bercuti panjang.

Diharapkan tahun 2011M/1432H ini merupakan tahun indah dan ceria buatku dalam menjalani kehidupan seharian bersama rakan-rakan sekerja,warga murid SKI,keluarga tersayang,jiran-jiran tetanggaku dan masyarakat di sekelilingku,Insya-Allah.

Ini lah dia barisan murid-murid baru tahun satu dan prasekolah,dibelakang tu adalah ibu bapa murid yang ceria menunggu untuk melihat sekejap keadaan anak mereka

Ini pula barisan warga guru SKI yang hebat dan bersedia memulakan tugas tahun 2011 ini

Cikgu Saporah mengetuai nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah di hadapan pentas utama

Bacaan Doa bagi memberkati hari pertama persekolahan

SELAMAT BELAJAR------SELAMAT BELAJAR--------SELAMAT BELAJAR

##Bulan Januari adalah satu bulan yang sangat sibuk buat warga pendidik SKI,diharapkan cikgu-cikgu dapat bertahan dan terus bersemangat memikul amanah yang diberikan walaupun kekadang tu menyulitkan juga ya satu-satu situasi yang diberikan...ia buat saya juga...Insya allah.

Sabtu, Januari 01, 2011

foto orientasi tahun 1/2011

taklimat oleh GB kepada semua ibu bapa murid tahun 1/2011

Assalamualaikum

Salam pembuka sesi persekolahan 2011.Dibawah dipaparkan sebahagian foto menarik tatkala sesi Orientasi tahun 1/2011 yang telah berlangsung pada hari Sabtu (1.1.2011):

sangat sibuk..sesi pembayaran yuran persekolahan tahun 1/2011

Ujian Diagnosis tahun 1 di kelas tahun 1 UNIMAS DAN 1 UNISEL


GB dan Guru-guru penyelaras program Orientasi sibuk memberi arahan kepada murid-murid
antara murid istimewa juga datang belajar di ski..

ini lah barisan murid-murid baru tahun 1/2011

emm..mana satu GB SKI ni????

beratur dik oiii..ikut arahan guru tu...hehee

------------SELAMAT DATANG KE SKI DAN
SELAMAT BELAJAR MURID-MURID TAHUN 1/2011----------------

***Pembaharuan pentadbiran dan akademik 2011 di sekolah bagi saya amat memeningkan kepala kerana terdapat beberapa perkara yang tidak saya setuju,sudah diluahkan tetapi tidak dipersetujui ,siapa lah saya(yang menurut perintah),moga Allah memberikan saya ketenangan dan melembutkan hati-hati mereka yang saya rasa $&*%!@#$ padanya...maaf tiada niat nak burok kan siapa-siapa saya insan biasa hanya pada Allah tempat mengadu segalanya dan juga pada Blog ku ini.***

KCJ Siri 2 2017

Salam dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI : TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang ...