Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Januari 12, 2011

Muat turun lagi..

Salam sahabat-sahabat j-QAF yang ku kenali...

Berita dunia pendidikan hari ini sangat hangat dengan Kurikulum StandarD Sekolah Rendah (KSSR) tahun 1/2011.Uhh...kadang-kadang tu pening juga di buatnya kerana setiap hari ada sahaja bahan-bahan terbaru yang keluar di internet dan memerlukan para guru sentiasa 'alert' jika tidak pasti akan ketinggalan..

Bak kata kawan saya ni Us Nazri:
"Segala bahan dokumen P&P yang berkaitan Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF hendaklah dimuat turun dari masa ke semasa dari laman web BPK iaitu: www.moe.gov.my/bpk/
Ini termasuklah dokumen baru seperti Pemulihan Jawi Tahun 1 KSSR dan PKSR Bahasa Arab Tahun 1 KSSR 2011"

Manakala : Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR boleh dimuat turun di:
http://spimelaka.bpi.edu.my/

tak ketinggalan juga Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Bahasa Arab Tahun 1 KSSR dan Tahun 4 KBSR (baru) pula boleh dimuat turun di:
http://lujnahbans.blogspot.com/

Apa-pun website : www.moe.gov.my/bpk/ ---sangatlah penting untuk dilihat selalu dan di terokai melihat perkembangan terbaru mengenai pendidikan.

jadi,moh sahabat-sahabat ku kita muat turun yaaaa...

selamat bermuat turun!!!!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh..

    1.Tahniah dan terima kasih krn rajin dan istiqamah meng'update' blog anda. Insyaallah usaha ustazah dan bloggers GPI lain akan dimanfaatkan bersama.

    2.Entry ini menyentuh saya krn selaku kp, bnyaknyalah bahan2 KSSR ni yg nak dimuatturun..Boleh habis kertas & dakwat printer (nasib baik guna printer yg ade tank kat luar...jimat sikit). Kalaulah dapat GPI j-QAF yg rajin mcm ustazah, senang sikit kerja saya.(Tapi biasanya GPI j-QAF yg rajin ni, banyak pulak jawatan pentingnya di sekolah kannnn...)

    3.Namun alhamdulillah jugalah sbb ada pihak yg dah buatkan RPT PI dan BA tersebut...Moga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran. Kalau guru kena buat sendiri RPT, x tahulah nak cakap.

    4.MTQSS macam mana? Dah download tajuk cerita 2011? Moga murid SK Ijok berjaya ke peringkat yg lebih tinggi tahun ini :-)

    AZMAN HJ. AHMAD
    Hakim Bercerita MTQSS peringkat kebangsaan

    BalasPadam

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...