Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 26, 2011

Foto Maulidurrasul & Kbs Siri 1/2011

Alhamdulilah

Tiada gambaran kesyukuran dapat ku lafazkan kerana telah selesai perjalanan 2 program berturut-turut Panitia Pendidikan Islam/j-Qaf iaitu Sambutan Maulidurrasul 1432H dan Kem Bestari Solat siri 1/2011.

Tanpa perlu dipanjang lebar tulisan ini,dibawah adalah sebahagian daripada gambar-gambar 2 program tersebut :

nama program : MaulidurRasul 1432H peringkat sekolah
tarikh: 25hb Feb 2011
hari: Jumaat
sasaran : semua warga SKI
aktiviti:Perarakan,nyanyian solawat,tayangan video'jejak rasul',pertandingan mewarna tulisan solawat tahap 1 dan pertandingan kuiz tahap 2.

Persediaan perarakan Maulidur rasul 1432H mengikut rumah-rumah sukan sedang di lakukan di luar kawasan sekolah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nama program: Kem Bestari Solat siri 1
tarikh: 26hb Feb 2011
hari:Sabtu
sasaran: semua murid tahap 1
aktiviti: tayangan video :teori dan amali wudhuk,latih tubi bacaan ringan dalam solat,tunjuk cara perlakuan dalam solat,azan,latih tubi bacaan surah-surah pendek dalam solat,dan praktikal solat subuh beramai-ramai.

ustaz Yusof sedang membetulkan amali wudhuk murid-murid

hah,yang ni cikgu Huda pula sedang sibuk mengawasi amali wudhuk murid-murid

Slot Latih tubi bacaan-bacaan ringan dalam solat dalam LDK di khemah,kelihatan di sana ustazah Narimah dan ustazah Rohaidah sibuk memeriksa bacaan murid-murid.

Slot latih tubi bacaan-bacaan pendek dalam solat sedang berlangsung


Slot praktikal solat subuh berjamaah di khemah utama

************************************************************************************
Sekalung penghargaan dan Ucapan SYUKRAN JAZILAN KHATIRA kepada semua guru dan warga SKI yang terlibat,Insya allah penambahbaikan akan kami lakukan untuk program-program yang berikutnya.
-------------------------------------------------------------------------------------

Ustazah Rina sedang menunjuk cara kepada murid-murid mengenai anggota wudhuk

Cikgu Norhafizam sedang melatih tubi bacaan-bacaan dalam solat kepada murid di dalam kelas

Slot tayangan video solat sedang dipasang di bilik komputer

Cikgu Noryana sedang memberi penerangan kepada murid-murid menggunakan buku geng solat.

SALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...