Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 12, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Bil 36/2011

Barisan exco PIBG dikalangan guru-guru SKI dan Ibu bapa/penjaga murid

Assalamualaikum

hari ini telah pun berlangsung mesyuarat PIBG ke 36/2011.Sasarannya adalah semua ibu bapa/penjaga murid SKI dan warga pendidik SKI.

Detail programnya seperti berikut:
8.15 pagi - pendaftaran ibubapa
8.45 pagi
- ketibaan perasmi dan jemputan
- ucapan aluan pengacara majlis
- ucapan GB
- ucapan YDP PIBG
- penyampaian cenderahati AJK PIBG 2010
- perbincangan agenda mesyuarat agung ( tak dapat saya ikuti sepenuhnya kerana kesihatan diri tidak mengizinkan terutamanya part tekak yang agak sakit)
- jamuan dan bersurai

Sesi pendaftaran ibu bapa/penjaga

Sebenarnya saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai isi-isi mesyuarat ini tetapi keadaan diri tidak mengizinkan saya untuk mencatatnya disini.Maaf seadanya.

3 orang pencatat minit yang sedang menjalankan tugas iaitu Pn Siti Saporah,Pn Noralia dan Pn Norhafizam yang berada di belakang dewan sementara

Apa pun,semoga tahun ini hubungan keakraban antara ibu bapa dan sekolah dapat dieratkan demi kemajuan anak-anak Ijok pada masa hadapan.Semoga Allah sentiasa bersama-sama kami.

***pagi tadi sempat gak buat pertama kali mendengar lagu INSYA-ALLAH Versi Malay by Maher Zain di radio IKIM.FM, emm boleh tahan gak suara penyanyi ni..hehee..gelak sendiri..di otak tatkala tu teringat la kalau murid-murid ku mendengar nya pasti hangat nyanyian mereka sehangat selingan lagu versi Inggeris yang dipasang sewaktu acara merentas desa yang lalu di kantin.hahaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...