Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 19, 2011

MTQ lagi...

Taklimat Perlaksanaan Program MTQ di makmal komputer.

Assalamualaikum..

Bermula lagi bagi tahun 2011 ini kebangkitan semula program Majlis Tilawah Al-quran(MTQ), setelah berehat setahun atas sebab-sebab tertentu.Maka,SK Ijok telah diberi kan satu mandat besar oleh PPD K.Selangor untuk mengendalikan program ini di peringkat zon Bestari Jaya.

Program besaran itu akan berlangsung pada 8hb Mac 2011(Selasa).Ia akan dihadiri oleh 12 buah sekolah di peringkat zon Bestari Jaya yang melibatkan lebih kurang 214 orang peserta.Seperti biasa lah antara acara-acara yang akan dipertandingkan ialah
Tilawah Al-quran(L/P),Hafazan tahap 2(L/P),Hafazan Miftahussudur(L/P),Bercerita kisah Al-quran(L/P),dan Nasyid.Manakala bagi acara Kompang selawat pula ditangguhkan acaranya.Tema pada tahun ini ialah Al-quran teras kesejahteraan umat Gemilang.

Saya telah diberikan tugas sebagai penolong setiausaha oleh KP(ada juga tugas-tugas lain).Sebenarnya saya ingin menolaknya kerana pada masa itu kesihatan diri tidak mengizinkan tetapi tatkala melihat raut wajah KP yang mengharapkan sangat pada saya agar dapat membantu beliau maka saya berat hati untuk tidak menghampakan permintaan beliau.(Insya Allah,saya akan berusaha sebaiknya mengikut kemampuan yang ada sekiranya ada kelemahan, mohon kemaafan ya..)

KP sedang memberi taklimat kepada semua guru SKI mengenai perjalanan program MTQ yang akan dilaksanakan pada 8hb Mac ini.

Berikut adalah SENARAI SEMAK MAJLIS TADARUS AL QURAN,ZON BESTARI JAYA 1432H/2011:
1. Menerima tugasan daripada Guru Besar (8.2.2011)
2. Menyediakan Kertas Kerja MTQ Zon Bestari Jaya 2011(9.2.2011)
3. Menyerahkan Kertas Kerja MTQ 2011 kepada GPK Kurikulum , untuk disemak(9.2.2011)
4. Kertas kerja dan bajet MTQ telah diluluskan oleh Guru Besar(9.2.2011)
5. Mesyuarat MTQ Zon Bestari Jaya 1432H / 2011 dan undian peserta(26.2.2011)
6. Edar surat memohon sumbangan daripada Sekolah-sekolah Zon Bestari Jaya(9.2.2011)
7. Menghantar surat Kata-kata aluan kepada Pegawai PPD(En. Abdul Khalid b Jaafar)(12.2.2011)
8. Mengambil Borang penghakiman pertandingan di PPD dan perbincangan bersama Pn. Hjh Hasnah Bt Darus (Penyelia Pendidikan Islam dan Moral)(12.2.2011)
9. Menerima nama peserta daripada Sekolah-sekolah Zon Bestari Jaya dan menyerahkan kepada AJK Buku Program(21.2.2011)
10. Mesyuarat AJK Pelaksana MTQ Zon Bestari Jaya(23.2.2011)
11. Menerima surat balasan Pegawai PPD (Kata-kata aluan)(1.3.2011)
12.Menghantar surat jemputan kepada Pegawai PPD dan Guru Besar Sekolah Rendah Zon Bestari Jaya(2.3.2011)
13. Menyediakan Buku Program(3.3.2011)
14. Mengambil senarai nama hakim dan Sijil Penyertaan di PPD(3.3.2011)
15. Mengambil Wang Sumbangan dari PPD sebanyak RM 1000(25.2.2011)
16. Memberi taklimat kepada para petugas (Penjaga masa dan Runner) serta para pengawas(28.2.2011)
17. Membuat persiapan tempat pertandingan(7.3.2011)
18. Mengambil Sijil Johan. Naib Johan dan Ketiga di PPD(28.2.20110
19. Pelaksanaan Majlis Tadarus Al Quran Zon Bestari Jaya 2011 (8.3.2011)
20. Setiausaha dan AJK Dokumentasi menyediakan laporan MTQ 2011(21.3.2011)
21. Mengemas kini dokumen (21.3.2011)
22.Menyerahkan Laporan Majlis Tadarus Al Quran 1432H /2011 kepada PPD dan GPK Kurikulum SK Jaya Setia (21.3.2011)

Pada tarikh 18.2.2011(Jumaat),taklimat perlaksanaan MTQ telah diberikan kepada semua guru dan pihak urusetia majlis mengharapkan agar gerak kerja susulan dapat dijalankan berperingkat-peringkat mengikut takwim yang telah dilampirkan di dalam hand out yang telah diberikan kepada mereka.Semoga majlis yang dirancang kan ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama erat daripada semua pihak.

Dikesempatan itu juga,kami (pengurusan Panitia Pend Islam dan j-QAF),telah berpeluang untuk memberi kan taklimat ringkas kepada guru-guru mengenai 2 program yang akan diadakan pada minggu hadapan iaitu
1. sambutan MAULIDURRASUL peringkat sekolah (25.2.2011)
2. program Kem Bestari Solat siri 1/2011(26.2.2011)

Taklimat tersebut terpaksa di buat juga kerana kesuntukan masa yang amat mencemburui kami ditambah pula dengan kerja-kerja lain yang sedang dipikul di bahu kami..adakalanya sungguh meletihkan juga...oleh kerana AMANAH dan TANGGUNGJAWAB terpaksa juga diambil.

Saya amat berharap agar semua program yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan sebaiknya untuk manfaat semua pihak terutamanya murid-murid SKI.Juga hendakya ALLAH memberikan saya kesihatan yang sempurna dan ketabahan menghadapi segala-galanya.Ameen.

Semoga Berjaya semuanya!!!Insya Allah.

Dibawah adalah foto ketika saya sedang mengajar Bahasa Arab bagi murid-murid tahun 4UPM.

7 ulasan:

  1. Salam ada tak semua bahan2 senarai semak kat atas? Sek sayanjd tuan rumahnthn ni kaw tanjong. Kan best kalau dpt dari puan. Syukran

    BalasPadam
  2. w'salam..boleh..insya allah..bagi email ustaz@ ustazah..atau pun terus call saya 0133789003.. TQ

    BalasPadam
  3. salam,boleh x emailkan kertas kerja mtq pringkat zon,,nk buat rujukan,,trima kasih,,email di ungu_girl87@yahoo.com

    BalasPadam
  4. w'salam..saya kirimkan minggu depan ya.

    terima kasih

    BalasPadam
  5. salam , boleh tak saya nak minta kertas kerja mtq untuk buat rujukan.email saya nurulain2187@gmail.com.terima kadih puan

    BalasPadam
  6. Salam ustazah.. boleh tak emailkan kepada saya semua bahan-bahan berkaitan MTAQ... dengan kertas kerja dan persediaan bilik hakim dan sebagainya,,, saya kurang arif sket.. TQ Ustazah

    BalasPadam
  7. ini email saya rusdi_kkq@yahoo.com

    BalasPadam

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...