Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Februari 07, 2011

Salam MaulidurRasul 1432H


Alhamdulilah dan Syukur dipanjatkan buat Tuhan ku satu..yang Maha Agung atas segala-galanya..

Dan Buat kekasih tercinta,suri tauladan buat umat sekelian alam,kedatanganMU membawa tauladan buat diri kerdil ini,Moga rahmat dan sejahtera keatasMU wahai MUHAMMAD Solla wahualaihiwassalam beserta keluargaMU.

Jom sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah,
Mari kita raikan kelahiran agung ini di sepanjang bulan Rabiulawwal 1432H.

Dan Perbanyakkan ikuti sunnahNYA.

Moga perjuanganNYA membawa Islam tidak kita sia-siakan..

Salam Mualidur Rasul 1432H

***Insya-allah,pihak pengurusan panitia PI & j-QAF akan menganjurkan sambutan ini pada 25hb Feb 2011 (Jumaat) dan saya sedang berusaha untuk menyebarkan dan memarakkan ucapan selawat junjungan mulia ini di sepanjang bulan rabiulawwal kepada murid-murid.Moga tiada sebarang kesulitan menimpa..

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan TAHNIAH dan BARAKAALLAHULAIKUMA buat adik tersayang atas perkahwinannya yang telah berlangsung pada 6hb Feb 2011 ini..Selamat semuaanya yaa..Ana..
(letihh hang dera kakakmu ini ya..dan hadiah di sponsor tu, tu jer yang mampu di beri..hehee)

adikku bersama emak tercinta sebelum berangkat ke masjid untuk upacara akad..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...