Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Februari 01, 2011

uhhh..penat dalam ceria

Ini lah barisan warga murid SKI sesi 2011 yang disayangi.semoga kalian dapat belajar rajin-rajin dan menjadi insan berguna.

Alhamdulilah

Hari ini rasa diri sungguh kepenatan(penat fizikal dan suara :).
Apa taknya waktu jadual mengajar hari SELASA sangat lah sibuk..tapi sempat juga lah curi-curi makan di kantin,isi tenaga sikit sebelum masuk ke kelas seterusnya.

Nak citer,Pengalaman hari ini sungguh mengembirakan dalam kepenatan.

Gembira kerana metodologi pengajaran menggunakan ICT dan penat kerana hari ini masuk ke 5 lima buah kelas sekaligus dan yang paling menarik kesemunya adalah kelas subjek Bahasa Arab dan hanya satu sahaja kelas Tasmik.uhhh...letiih sungguh...di tambah-tambah lagi dengan hilang suara sebab banyak benor hari ini bercakap.

Tetapi yang paling terkejut tu bila masa selingan menunggu kelas lain masuk ke makmal komputer ,saya saja-saja pasang satu buah lagu Arab ni (maaf..tak tahu tajuk nya,sebab ambil lagu ni dari kawan),so,nak dijadikan citer,budak-budak tu bila masuk jer terus tanya ,"Ustazah,lagu ini ustazah nyanyi ke??suara ustazah lah???",emm..dan saya jawab "x de lah...",datang lagi murid yang lain dan bertanya kan soalan yang sama..aduii..budak-budak ni...(dalam hati gelak jugak...betul ke ??macam tak caya,maklumlah suara bukan lah sedap mana pun..heehee.

balik ke rumah, tetiba teringat lah pulak lagu tu tadi dan terus lah saya memasangnya semula untuk mendengarnya sekali lagi.dan rumusnya emm..hahaaa..tak tahu la serupa ke suara saya ni dengan penyanyi arab ni...tak tahu la...yang pasti tersenyum saya,hilang letih hari ini..heheeeheee...

Iklan jap..inilah foto kenangan MTQ tahun ----.tak ingat laa...semoga tahun ini kejayaan akan menjadi milik SKI dalam setiap acara yang diikuti..Tahun ini pula,saya kena melatih murid dalam acara tilawah Al-Quran..uhh..sungguh besar juga cabarannya terutama part tarannum..x pe usaha dulu baru serah segalanya padaNYA


Semoga Berjaya sahabat-sahabat sekerja ku!!! Yeah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...