Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Mac 12, 2011

foto MTQ Part 2

Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua warga pendidik..

Tanpa perlu dikata-kata kan,berikut adalah sambungan part 2 daripada kenangan Indah di majlis Tadarus Al-quran zon Bestari Jaya 2011:---

salah seorang peserta hafazan tahap 2 sedang memperdengarkan bacaan hafazannya..emm..dari sekolah mana yek???

antara tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir iaitu En .Norhamsham b Yaacob (GB SKI),Tn Hj Ghazali b Arifin (Pegawai Akademik,PPD K.SEL),Ustaz A.Rahman b Amran (Penyelia Pegawai pelajaran Daerah (j-QAF) dan GB SK Bestari Jaya.

taklimat para hakim di makmal komputer lama sebelum mereka bergerak ke bilik-bilik pertandingan masing-masing.taklimat itu diketuai oleh Ustaz Abu Samah dan Ustazah Hasnah bt Darus.

emm.antara peserta bercerita kisah dari al-Quran..dengar-dengar penceritaan adik ni hebat..tak sempat nak tengok..aduiii...

ini dia JUARA bagi pertandingan nasyid iaitu kumpulan Sautul A'la dari SK Puncak Alam 2..TAHNIAH adik-adik oiii...sedap gak suara solo nya...

emm..sibuk berbincang mengenai skrip teks bagi upacara penutupan oleh cikgu Huda,cikgu Rahimah bersama Ustazah Narimah..

ini lah dia barisan JK Pendaftaran dan tunjuk Arah berada di hadapan dataran menunggu kehadiran peserta,guru pengiring dan hakim bagi 12 buah sekolah zon bestari Jaya.

cikgu Noryana bersama guru-guru Praktikal UNISEL dan murid-murid bersiap sedia menyediakan penanda tunjuk arah di makmal komputer lama,SKI.

emm..apa lah yang di cari-cari tu ustazah aini oiii???

adik Haziq sedang memperdengarkan bacaannya di bilik Prasekolah 2 ,sambil diperhatikan sebaiknya oleh para hakim...sungguh tenang apabila mendengar bacaan peserta lain juga...SubhanAllah sungguh indah kalamMU ya Allah.

sambungan part 3 menyusur kemudian..insya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...