Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mac 24, 2011

Foto MTQ Part 3

Ini lah dia Naib Juara Tilawah Al-Quran(P)dari SK Ijok,adik Fadhilah sedang menerima hadiah..Tahniah Fadhilah...semoga berjaya nanti untuk pertandingan peringkat daerah 30hb ni,Insya allah.

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua sahabatku.

Berikut adalah Keputusan Penuh Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Bestari Jaya 2011 yang telah diadakan pada 8hb Mac 2011:

1.Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran (Lelaki)
Johan :Mohd Noor b Mohd Ali-SK Puncak Alam 2
N.Johan :Norazif Nazmi b Johari-SK Jaya Setia
Ketiga :Ahmad Imran b Ahmad Zaini-SK Saujana Utama

2.Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran (Perempuan)
Johan :Nurul Fatihah bt Zubir-SK Bestari Jaya
N.Johan :Fadhilah bt Jaafar-SK Ijok
Ketiga :Siti Noor Izzati bt Rosli-SK Sultan Abd Aziz

3.Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Tahap 1 (Lelaki)
Johan :Mohd Nabil Najmi b Mohd Hasbullah-SK Jaya Setia
N.Johan :Muhammad Alif Najmi b Zairil Sham-SK Puncak Alam 2
Ketiga :Muhd Harith b Zainul Ahbar-SK Bestari Jaya

4.Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Tahap 1 (Perempuan)
Johan :Nur Aida Amira bt Nor Azrin-SK Saujana Utama
N.Johan :Ayuni Aida bt Arjunaidi-SK Bestari Jaya
Ketiga :Ainul Mardhiah bt Razali-SK Bukit Badong

5.Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Tahap 2 (Lelaki)
Johan :Muhd Zakwan b Rosdi-SK Jaya Setia
N.Johan :Aiman Ashraf-SK Saujana Utama
Ketiga ;Zairul Ikhwan b Zulbahri-SK Ijok

6.Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Tahap 2 (Perempuan)
Johan :Nabihah bt Abdul Salam-SK Puncak Alam
N.Johan :Nur Husna Izzati bt Mustafa-SK Sujana Utama
Ketiga :Ummu Najian bt Mohd Zaidi-SK Bukit Badong

7.Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran (Lelaki)
Johan :Abdul Falakh b AbdunLAH Lahuya-SK Ijok
N.Johan :Syed Abid Amjad Al-yehya b Syed Nordin-SK Bukit Badong
Ketiga :Raqhib Idar b Raduwan-SK Bestari Jaya

8.Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran (Perempuan)
Johan :Nur Izzan Nazirah bt Rosli-SK Bukit Badong
N.Johan :Adlin Farahin bt Abu Khir-SK Ijok
Ketiga :Nur Izyan bt Abu Bakar-SK Jaya Setia

9.Acara : Pertandingan Nasyid
Johan :Sautul A’la-SK Puncak Alam 2
N.Johan :Sautun Najah-SK Puncak Alam
Ketiga :Asy-syakirin-SK Bestari Jaya

JOHAN KESELURUHAN ; SK BESTARI JAYA

Tahniah buat SK Bestari Jaya atas kemenangan bagi keseluruhan acara MTQ 2011.Di atas adalah foto GB SK Bestari Jaya sedang menerima anugerah daripada tuan Pegawai Pelajaran Daerah,K.Sel,Tuan Haji Arifin b Ghazali sambil diperhatikan bersama GB SK Ijok,En Norhamshah b Yaacob.

**** Perincian keputusan ada di dalam simpanan kami,cuma di sini saya hanya senaraikan keputusan di tempat pertama hingga ke tiga sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah.Kiranya ada antara sahabat-sahabat yang ingin mengetahui lanjut mengenainya harap dapat berhubung dengan saya melalui email saya aini2002my@yahoo.com

Dan sesungguhnya Pemenang-pemenang Johan dan Naib Johan ini akan terus bertanding ke peringkat Daerah pada 30hb Mac 2011 (Rabu)di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

Justeru,SKI juga tidak ketinggalan akan turut bertanding dalam acara Bercerita (L/P) dan acara tilawah al-quran (P).Semoga pada hari tersebut TUAH kejayaan akan memihak kepada kami semula,Insya Allah.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,
Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ameen.....

Semoga Berjaya buat murid-murid ustazah --- Falakh,Adlin dan Fadhilah....

antara foto-foto yang saya suka nak tengok(bergambar bersama pada pagi itu sebelum tetamu-tetamu luar hadir)..hehee...barisan guru-guru yang best dalam work collabaration iaitu ustazah Rina,cikgu Lisa,Ustazah Rohaidah,ustazah aini dan cikgu Aida..TQ Frens!!!i love u all....

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...