Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mac 30, 2011

Syabas dan Syabas!!!

Bergambar bersama sebelum pulang...disana : saya,Ustazah Rina,Pn Asmungah,Us Din dan di depan tu : Fadhilah,Adlin dan Falakh.Masing-masing memegang hadiah yang telah diterima oleh mereka...buat Falakh jangan bersedih,Ustazah bangga dah dengan pencapaian dan usaha Falakh...tahun depan kita cuba lagi..Insya allah.

Assalamualaikum sahabat - sahabat yang dirahmati Allah..

Alhamdulilah,Alhamdulilah dan Alhamdulilah.Tiada lafaz yang indah untuk dilafazkan selain ucapan pujian untuk tuhan ku yang satu ALLAHHUAKBAR..Tak lupa Selawat keatas rasulul amin Muhammad s.a.w

Hari ini 30hb MAC 2011,mencatat sejarah bagi SKI atas kejayaan dalam beberapa acara bagi Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Kuala Selangor tahun 2011 yang telah pun berlangsung tadi di SM Sains Kuala Selangor.

Sekadar gambar bahagia yang dapat ku titipkan di sini ;...

adik Fadhilah tatkala membaca AyatulQuran di bilik pertandingan..perasaan saya tatkala itu berdebar-debar juga takut ada kesalahan dalam pembacaan fadhilah.huhhh

Dan Akhirnya :

Tahniah!!! Adik Fadhilah atas kejayaan memperoleh Tahta Johan bagi acara Tilawah Al-Quran peringkat daerah k.Selangor..emm..lepas ni kita perlu berusaha pula bagi peringkat Negeri...Alhamdulilah ya Allah!!

Dan ini pula :

Tahniah juga buat adik Adlin Farahin atas tahta Ketiga yang diperolehinya dalam acara bercerita kisah di dalam Al-Quran.Tahniah Adlin!!!

Dan yang terakhir ingin di titip juga :

bangga dapat bersama dengan kak Su (hakim tilawah al-quran)di sepanjang acara tilawah al-quran.Banyak juga ilmu yang dapat saya kutip darinya dalam perihal qiraat al-Quran ni tadi.Terima Kasih kak Su!!

Ucapan Syukran dan Jazakumuallahu khairan Khatira buat semua insan yang banyak membantu dan mendoakan kejayaan kami.Semoga di peringkat seterusnya kejayaan tetap berpihak kepada kami,Insya Allah..

Alhamdulilah.

2 ulasan:

  1. tahniah madam..syabas...sampaikan ucapan tahniah buat adek2 juga :)doakan kejayaan kami dalam final exam juga madam :)

    BalasPadam
  2. Syukran elly.Alhamdulilah, syukur padaNYA atas nikmat kemenangan 2 acara tu.InsyaAllah mdm kan sampaikan.Moga elly dan frens berjaya menghadapi final exams dengan penuh kesabaran dan ketekunan dlm menjawabnya nanti.Be strong bebeh!!!(tetiba ..mdm rindu la dgn skil elly conduct program mdm..emm..)

    BalasPadam

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...